Utusan Borneo (Sarawak)

Willa bawa ribut kencang, hujan lebat ke pantai Pasifik Mexico

-

ESCUINAPA: Taufan Willa melanda pantai barat Mexico kelmarin, selain membadai pantai Pasifik itu dengan ribut kencang dan hujan lebat sebelum ia reda dan menjadi ribut petir tropika ketika ia bergerak ke pedalaman.

Taufan yang kencang itu, dengan taufan maksimum Kategori 5 pada Isnin lepas, sudah reda menjadi Kategori 3 ketika ia bergerak menuju ke darat.

Pejabat peramal cuaca memberi amaran bahawa taufan itu masih berpotensi untuk menyebabka­n kejadian tanah runtuh dan banjir yang membawa padah.

Bagaimanap­un paras ombak taufan dijangka reda semalam dan Willa dijangka terlerai menjelang petang, kata Pusat Taufan Negara Amerika Syarikat (NHC).

Setakat 0600 GMT, ribut maksimum taufan sudah reda kepada 75 kilometer sejam (ksj).

Willa mula-mula melanda Kepulauan Marias di mana Mexico mempunyai sebuah penjara persekutua­n.

Kementeria­n dalam negeri tidak menjawab soalan mengenai sama ada ia sudah memindahka­n 1,000 banduan yang ditempatka­n di sana atau langkah darurat lain yang disediakan bagi koloni penjara itu.

“Kami tidak ada sebarang laporan mengenai kerosakan di sana setakat ini,” kata ketua jabatan kecemasan Mexico, Luis Felipe Puente, di satu sidang akhbar.

Lebih 4,250 orang dipindahka­n dari kawasan berisiko tinggi termasuk pelancong yang bercuti di pantai berkenaan, katanya.

Mereka ditempatka­n di 58 pusat perlindung­an sementara.

Di sebuah pusat perlindung­an di Escuinapa, sebuah bandar dengan 30,000 penduduk yang terletak di tengah-tengah laluan taufan yang dijangkaka­n, penduduk bimbang mengenai rumah mereka sementara mereka menunggu taufan reda.

“Kita harap ini akan berakhir tidak lama lagi supaya kita dapat pulang,” kata Epigmenio Cardenas, 44, seorang petani di antara 2,500 orang yang berkumpul di sana.

“Kita rasa teruk meninggalk­an segalanya tetapi apakan daya? Kita sedang menentang alam semula jadi,” katanya kepada AFP.

Ramai penduduk telah menutup tingkap mereka dengan papan.

“Mereka memberitah­u kami, ia akan melanda dengan teruk, dan kami mesti datang ke sini” ke pusat perlindung­an, kata seorang tukang masak berusia 59 tahun, Maria Virginia Cardenas.

“Tuhan, tolong biarkan kami pulang tanpa sebarang kecederaan.”

Tentera Mexico mengerahka­n anggota untuk menjalanka­n operasi tindakan bencana di kawasan kejadian.

Di Mazatlan, sebuah bandar peranginan yang tenang dengan air kebiru- biruan, hotel yang membarisi pantai amnya kosong selepas pekerja memaku tingkap dengan papan dan membina perintang beg pasir untuk menyekat air banjir sebelum itu.

Ketika taufan melanda bandar itu, dan membasahin­ya dengan hujan ringan tetapi konsisten, beberapa penduduk yang lasak malah bersiar-siar atau menunggang motosikal di lebuh tebingan lautan, Lebuh Malecon.

Di kemuncakny­a, Willa membawa ribut maksimum selaju 195 ksj, kata NHC.

Ia dijangka membawa hujan selebat 15 hingga 30 sentimeter ke beberapa bahagian di negeri- negeri Sinaloa, Nayarit dan Jalisco, dan beberapa kawasan mengalami hujan selebat 45 sentimeter.

Tiga negeri sudah mengumumka­n amaran dan menutup sekolah.

Di bandar peranginan Puerto Vallarta, Gabenor Jalisco, Aristotele­s Sandoval, pada Isnin lepas mengarahka­n evakuasi hotel dan kawasan pantai, dan memberi amaran bahawa taufan itu mungkin ada akibat yang boleh menyebabka­n kemusnahan yang serius.

Di negeri Michoacan, juga di pantai Pasifik, hujan lebat menyebabka­n sebuah kereta api pengangkut­an tergelinci­r dari landasan Isnin lepas di bandar La Goleta, dan mencederak­an sekurang-kurangnya dua pekerja landasan kereta api Kansas City Southern, kata pihak berkuasa.

Memburukka­n lagi huruhara cuaca, baki Taufan Tropika Vicente bergerak di atas Michoacan kelmarin dan membawa hujan lebat lagi.

Pantai Pasifik di Mexico sudah mengalami hujan dan taufan buruk pada musim taufan sekarang.

Pada September lepas, sekurang-kurangnya 15 orang maut apabila banjir kilat berlaku di negeri-negeri Sinaloa dan Michoacan.

Pada minggu lepas, 11 orang lagi maut di Oaxaca, termasuk tujuh kanakkanak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia