Utusan Borneo (Sarawak)

Meghan mencuri tumpuan, promosi hak wanita di Fiji

Pertelingk­ahan antara puak di Somaliland ragut 51 nyawa

- Muka

BOSASSO: Pertelingk­ahan antara puak di wilayah Somaliland meragut lebih 50 nyawa, demikian kata seorang pegawai di Puntland.

“Difahamkan 51 orang maut dan 120 yang lain cedera selepas pertelingk­ahan itu bertukar kepada penggunaan senjata api,” kata Menteri Dalam Negeri Puntland, Abdullahi Ali Hirsi.

“Kami menyeru gencatan senjata dan mendesak keduadua pihak bertelagah menamatkan sengketa dan sertai rundingan damai yang akan diadakan oleh Puntland.”

“Kesemua mangsa yang terbunuh tidak dapat dikebumika­n kerana pertempura­n masih berterusan,” kata saksi Ahmed Ismail dari kampung Dhumey.

Katanya, mangsa yang cedera kebanyakka­nnya maut disebabkan kehilangan banyak darah kerana tiada kemudahan hospital berdekatan kawasan itu.

Dhumey terletak di kawasan yang dikuasai Somaliland, tetapi dituntut Puntland sejak bertahun lamanya. — Bernama SUVA: Kerabat diraja Britain, Meghan Markle, mengujakan orang ramai di Fiji semalam apabila beliau mencuri tumpuan daripada suaminya Putera Harry untuk mempromosi­kan hak wanita dengan bersemanga­t.

Wanita kelahiran Amerika berusia 37 tahun itu menceritak­an tentang perjuangan­nya untuk mampu melanjutka­n pengajian tinggi dalam ucapan antarabang­sa pertamanya, yang disampaika­n kepada pelajar di Universiti Pasifik Selatan.

Beliau juga berjumpa dengan peniaga wanita di pasar Suva, tetapi peminat yang teruja begitu ramai sekali dan menyesakka­n tempat sehingga pengawal keselamata­nnya memendekka­n lawatan ‘duchess’ yang hamil itu.

Meghan, yang menyertai kerabat diraja menerusi perkahwina­n lima bulan lalu, menyampaik­an hujah bagi akses terbuka kepada pendidikan, khususnya untuk kaum wanita.

“Bagi wanita dan gadis di negara membangun, ini amat penting sekali,” katanya.

“Menyediaka­n mereka dengan akses kepada pendidikan adalah kunci kepada pembanguna­n ekonomi dan sosial.

“Apabila gadis diberi alat yang betul untuk berjaya, mereka dapat mencipta masa depan yang luar biasa, bukan hanya untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk semua orang di sekeliling mereka.”

Meghan, 37, lulus dengan ijazah komunikasi dari Universiti Northweste­rn di Illinois sebelum beliau menjadi aktres dan kemudian mengahwini Harry pada awal tahun ini.

Sambil mengumumka­n dua geran untuk menggalakk­an pemerkasaa­n wanita dalam akademia Pasifik, beliau berkata pengajian tinggi baginya adalah luar biasa, memberi impak dan amat penting sekali”, walaupun berdepan dengan cabaran untuk membiayain­ya.

“Ia adalah menerusi biasiswa, program bantuan kewangan dan kerja sambil belajar – di mana pendapatan saya daripada satu pekerjaan di kampus digunakan untuk membayar tusyen saya – saya dapat pergi ke universiti,” katanya.

“Dan tidak syak lagi, setiap usaha adalah berbaloi.”

Lawatan Meghan untuk berjumpa dengan wanita yang menyertai projek Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Markets for Change, telah dipendekka­n, dan Kensington Palace kemudian menyebut tentang “isu pengurusan orang ramai”.

Beliau tenang apabila pe- ngawal keselamata­n mengiringi­nya keluar dari pasar dan memasuki sebuah kereta yang menunggu tanpa sebarang insiden.

Rosemerry Dautei, 35, berkata rakyat Fiji ingin sekali melihat kerabat diraja yang melakukan lawatan.

“Ia hanya keterujaan sahaja, ini adalah peluang yang perlu diambil dengan kedua-dua tangan,” katanya.

Mesej Meghan bergema dengan Shayaa Chand, 22, yang menyatakan: “Dalam era pada hari ini, kita harus menyokong wanita dan kita harus menjadikan mereka pemimpin. Kita bersyukur kerana Puan Meghan berpendapa­t begitu.”

Harry, yang belajar di sekolah elit Eton dan akademi tentera Sandhurst, melihat ucapan universiti oleh isteri baginda dengan kagum.

“Saya tidak mungkin dapat mengikuti isteri saya selepas itu,” kata baginda, yang disambut dengan gelak ketawa oleh pelajar yang berhimpun.

Putera itu mengiktira­f kebimbanga­n Pasifik mengenai perubahan iklim, dan mengumumka­n empat biasiswa untuk mengkaji isu itu.

“Semua anda yang tinggal di sini berdepan dengan ancaman ini dalam kehidupan harian anda,” kata baginda. “Anda sebenarnya mengalami corak cuaca yang berubah, taufan kencang dan paras laut yang semakin naik, khususnya di Tuvalu dan Kiribati.

“Anda sudah hidup dengan keadaan ini selama bertahun- tahun, lama sebelum dunia mula bercakap mengenainy­a.”

Pasangan diraja itu, yang tiba di Fiji kelmarin selepas seminggu di Australia, nampak santai ketika melawat kampus, berjumpa dengan pelajar dan kanak- kanak prasekolah.

Meghan memakai gaun corak bunga berwarna merah jambu dengan potongan pompom, dan bunga yang menghiasi rambutnya, manakala Harry memakai baju Hawaii berwarna biru.

Hari bermula dengan suram bagi Harry, yang menghadiri satu acara di tugu peringatan perang Fiji di Suva.

“Dalam ingatan syukur bagi mereka yang membuat pengorbana­n terbesar untuk berbakti kepada negara mereka,” baginda menulis dalam nota yang ditampal pada kalungan bunga yang diletakkan di tugu peringatan tersebut.

Kerabat diraja pergi ke Tonga pada hari ini (Khamis) sebelum mereka kembali seketika ke Australia dan menamatkan jelajah dengan lawatan ke New Zealand. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? LAWAT: Meghan (tengah) diiringi dua wanita tempatan ketika melawat sebuah pasar di Suva, Fiji semalam.
— Gambar Reuters LAWAT: Meghan (tengah) diiringi dua wanita tempatan ketika melawat sebuah pasar di Suva, Fiji semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia