Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen pembiayaan program PKS bakal manfaat 1,000 PKS

-

KUALA LUMPUR: Platform pembiayaan pinjaman terbuka antara rakan setara (P2P), QuicKash Malaysia Sdn Bhd, merancang untuk menjadi hos dan mengumpul nota pelaburan bernilai sehingga RM100 juta bagi memberi manfaat kepada 1,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi kempen Pembiayaan Program PKS.

QuicKash, unit ManagePay Bhd, berkata ia merupakan satu- satunya pengendali pasaran mengiktira­f pembiayaan P2P yang menawarkan pelaburan perlindung­an prinsipal dan kejayaan platform itu adalah hasil daripada ciri-ciri uniknya yang menjamin pelabur jumlah utama yang dilabur mereka.

“Selepas berjaya mengumpulk­an RM12.6 juta bagi 13 PKS dengan kadar mungkir sifar, platform itu akan melancarka­n program baharunya untuk memberi lebih banyak manfaat kepada PKS dengan menyasarka­n secara khusus populasi PKS yang tidak mempunyai akses mencukupi kepada perkhidmat­an kewangan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Ong Kooi Hooi berkata program itu akan menawarkan nota pelaburan tetap dengan tempoh pembiayaan jangka pendek tiga bulan, enam bulan atau sembilan bulan masing-masing bagi RM25,000, RM50,000 dan RM100,000.

“Kadar faedah daripada serendah 1.25 peratus sebulan akan ditawarkan bagi mereka yang mempunyai penarafan kredit yang baik,” katanya sambil menambah ia mengenakan bayaran platform rata sebanyak 3.0 peratus.

Menerusi pembiayaan program itu, QuicKash menyasar merapatkan jurang pembiayaan dalam pasaran PKS di samping menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyokong secara langsung dan membawa impak positif dalam landskap PKS tempatan.

“Kita melihatnya sebagai formula menang- menang. PKS akan mendapat akses bagi pembiayaan yang amat diperlukan manakala pelabur menikmati pulangan tinggi sehingga 18 peratus setahun untuk melabur dalam syarikat ini dan kami juga berharap melihat lonjakan penyertaan pelabur menerusi program ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia