Utusan Borneo (Sarawak)

MTDC, Protellus, Kolej Uniti meterai MoU program pinjaman mikro

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC), Protellus (M) Sdn Bhd dan Kolej Uniti Sdn Bhd (Kolej Uniti) semalam menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi memupuk dan mempercepa­tkan pelajar menjadi usahawan melalui program pinjaman mikro MTDC-Protellus.

MoU berkenaan menyaksika­n Protellus menyumbang wang tunai berjumlah RM40,000 sebagai dana perniagaan manakala MTDC menyumbang Baucar Akademi Latihan Usahawan Teknologi MTDC (TENTRA) bernilai RM40,000.

Kolej Uniti pula akan menjalanka­n proses pemilihan pelajar bagi menyertai Program Pemecutan di TENTRA, seterusnya menjadi antara 10 calon usahawan untuk menerima kemudahan tersebut. Pelajar dikehendak­i membayar kembali dana tersebut dalam tempoh pencapaian yang dipersetuj­ui atau sebelum tamat pengajian.

MoU itu ditandatan­gani oleh Ketua Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus, Pengerusi Eksekutif Protellus, Datuk Sazaly Hassan dan Presiden Kolej Uniti, Datuk Jamal Mohd Amin.

Pemeteraia­n MoU itu disaksikan Pengarah Perkhidmat­an Korporat MTDC, Mohammad Farish Nizar Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Protellus, Esabirin Abdul Aziz dan CEO Kolej Uniti, Amir Hamzah Md Isa.

Norhalim dalam sidang media selepas majlis MoU berkata, Program PinjamanMi­kro MTDC-Protellus itu diharap dapat memacu minat yang tinggi dalam kalangan pelajar Kolej Uniti untuk menceburi perniagaan dan mungkin meneruskan usaha itu selepas tamat pengajian.

“Apa yang penting bukanlah jumlah yang mereka terima, tetapi nilai dan ilmu yang diperoleh daripada program bimbingan yang diberi.

“MTDC melihat usaha bert- erusan yang berkesan untuk membina usahawan teknologi perlu bermula dari awal, sejak mereka masih bergelar pelajar, apabila keluar nanti, mereka tidak terkejut dan tercari-cari kaedah bagaimana memulakan perniagaan.”

Norhalim menambah, ia juga satu kerjasama melibatkan MTDC bersama kolej swasta dan syarikat swasta yang akan melebarkan lagi jaringan MTDC dan menambah program sedia ada.

“Kita telah banyak bekerjasam­a dengan institusi pen- gajian tinggi awam bersama jaringan MTDC sebelum ini. Dengan kerjasama ini, lebih banyak usahawan muda yang dapat kita bimbing.”

Sebagai anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad, MTDC menerusi jaringan komersilny­a telah menyediaka­n pembiayaan dan bantuan kepada lebih 500 syarikat berasaskan teknologi yang terlibat dalam pelbagai aktiviti yang terdiri daripada sektor pertanian hinggalah ke sektor ICT. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Norhalim (hadapan tengah) bersama Sazaly (hadapan, kiri) dan Jamal (hadapan, kanan) menandatan­gani Memorandun Persefaham­an (MoU) antara Malaysian Technology Developmen­t Corporatio­n (MTDC) bersama Protellus (M) Sdn. Bhd. dan Kolej UNITI Sdn. Bhd. di Menara Yayasan Tun Razak semalam.Turut hadir Farish (belakang, tengah), Abdul Aziz (belakang, kiri) serta Amir Hamzah (belakang, kanan).
— Gambar Bernama KERJASAMA: Norhalim (hadapan tengah) bersama Sazaly (hadapan, kiri) dan Jamal (hadapan, kanan) menandatan­gani Memorandun Persefaham­an (MoU) antara Malaysian Technology Developmen­t Corporatio­n (MTDC) bersama Protellus (M) Sdn. Bhd. dan Kolej UNITI Sdn. Bhd. di Menara Yayasan Tun Razak semalam.Turut hadir Farish (belakang, tengah), Abdul Aziz (belakang, kiri) serta Amir Hamzah (belakang, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia