Utusan Borneo (Sarawak)

Digi tambah sehingga 50% kuota penggunaan data

-

KUCHING: Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) kelmarin mengumumka­n pelan Broadway Digi Home Broadband iaitu tambahan sehingga 50 peratus kuota penggunaan data dengan harga serendah RM45 sebulan.

Peningkata­n jumlah kuota data telah ditingkatk­an daripada 15GB kepada 25GB untuk pelan bulanan Broadband 45, daripada 35GB hingga 50GB untuk pelan bulanan Broadband 65, dan darioada 75GB hingga 100GB untuk pelan bulanan Broadband 105.

Selain itu, semua pelanggan Digi Postpaid sedia ada akan menikmati diskaun seumur hidup RM5 atau RM10 apabila mereka mendaftar untuk Digi Home Broadband, iaitu akses Internet ke kediaman mereka pada harga yang berpatutan, RM40 sebulan.

Kuota data yang semakin meningkat bagi pelanggan Jalur Lebar Digi sedia ada akan berkuat kuasa pada kitaran bil seterusnya sementara pelanggan baharu akan menikmati kuota data yang lebih besar apabila mendaftar.

“Kami tetap komited untuk meningkatk­an penggunaan Internet dengan memperkena­lkan pelbagai perkhidmat­an sambungan yang mampu dimiliki untuk saiz dan keperluan taraf hidup yang berlainan di negara ini.

“Pelan Internet rumah ini pada dasarnya menawarkan pelanggan 1GB data serendah RM1,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat dalam kenyataan akhbarnya kelmarin.

Pelanggan akan menikmati pengalaman yang menakjubka­n pada pelan tersebut dengan kelajuan Internet konsisten sekurang-kurangnya 10Mbps untuk 4G LTE dan 20 Mbps untuk 4G LTE-A.

Loh menambah bahawa pihaknya akan terus meningkatk­an kualiti dan kebolehper­cayaan perkhidmat­annya untuk menyokong peningkata­n permintaan data.

Tahun lepas, rangkaian Digi menyokong hampir 150 peratus pertumbuha­n trafik data daripada lebih setengah juta pengguna Internet tambahan dalam pangkalann­ya.

Untuk maklumat lanjut tentang peningkata­n baharu Jalur Lebar Digi Home, lawati www. digi. com. my/ broadband.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia