18 pasukan sertai Badminton Dayak Super Series Piala Ding Kuong Hiing
SARIKEI: Sebanyak 18 pasukan telah mengesahkan diri untuk menyertai pertandingan Badminton Dayak Super Series Piala Yang Berhormat Datuk Ding Kuong Hiing pada 3 November depan.
Pertandingan ini adalah anjuran Kelab Sukan Rekreasi Bungai Terung Sarikei (BTRC) dan akan diadakan di dua venue iaitu di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sarikei dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sarikei Baru.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pemain yang lahir, bermastautin atau yang bertugas di bahagian Sarikei serta beberapa pasukan jemputan khas oleh pihak penganjur pertandingan.
Setiap pasukan diwajib- kan menghantar seramai 10 pemain termasuk pengurus pasukan serta jurulatih dan kesemua pemain haruslah berumur 18 tahun ke atas.
Pemenang pada petandingan ini akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, pingat dan Piala Yang Berhormat Datuk Ding Kuong Hiing untuk johan pertandingan.
Naib johan pula akan membawa pulang hadiah RM300, piala dan pingat manakala tempat ketiga RM150, piala dan pingat.
Bagi pasukan yang berminat menyertai pertandingan ini mereka diwajibkan menghantar borang penyertaan sebelum 2 November (Jumaat) dan setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini nanti akan dikenakan yuran penyer- taan sebanyak RM250.
Pada hari yang sama juga, jam 7 petang akan turut diadakan cabutan undi bagi setiap pasukan yang bertanding iaitu di Golden Happiness Restaurant oleh semua pengurus pasukan.
Sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan borang penyertaan, hubungi pihak urus setia pertandingan Presiden BTRC Jonathan Laja di talian 011- 10248226, Setiausaha BTRC Geogre Clay (012-8986173), Urus Setia Pertandingan Hendery (013-5742158) dan Penolong Urus Setia Pertandingan John Martin (01135488399).
Pertandingan ini dijadual disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.