TCC Group sudah ambil langkah awal dalam pelaburan TRX
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan Thai Charoen Corporation (TCC), Tan Sri Charoen Sirivadhanabakdi berkata, anak syarikatnya, Frasers Property telah mengambil langkah awal untuk meneliti kemungkinan pelaburan di Tun Razak Exchange.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI), Datuk Darell Leiking berkata, anak lelaki Charoen, Panote Sirivadhanabhakdi akan mengetuai pasukan Frasers untuk berurusan lanjut dengan MITI.
“Bagaimanapun, kumpu- lannya akan melabur lebih banyak di Malaysia melalui Big C, sebuah rangkaian pasar raya besar yang popular di Thailand. Big C merancang membuka sebuah pasar raya di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Darrel juga berkata, Charoen menyebut bahawa TCC Group komited untuk meningkatkan pengalaman pelancong melalui pemilikan rangkaian rangkaian hotel di seluruh dunia di bawah Meridien, Marriott dan rangkaian hotel lain.
“Oleh kerana Malaysia sentiasa menjadi destinasi pelancongan yang popular, adalah wajar kedua-dua pihak menjalin kerjasama untuk meningkatkan lagi pelancongan.
“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata yang Malaysia adalah tempat yang sangat indah dan bilangan pelancong akan terus meningkat. Oleh itu penting untuk memastikan keselamatan mereka kerana mereka akan membawa kekayaan kepada negara,” katanya.
Darrel kini mengiringi Dr Mahathir sempena lawatannya ke negara tersebut. — Bernama ta, ia akan terus memberi tumpuan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan Takaful Keluarga di samping mengembangkan penguasaan pasaran dalam perniagaan Takaful Am bagi mewujudkan kedudukan yang kukuh dalam industri. — Bernama