Utusan Borneo (Sarawak)

POSA KEKAL SEBAGAI PRESIDEN FAS

Beberapa muka baharu dipilih menganggot­ai barisan tertinggi FAS bagi sesi 2018/2021

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Ahli perniagaan, Datuk Posa Majais mengekalka­n jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi sesi 2018/2021 pada Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) FAS di sini semalam.

Posa mengekalka­n jawatan tertinggi persatuan itu setelah mendapat pencalonan daripada semua persatuan bola sepak bahagian negeri ini.

Beliau merupakan calon tunggal menyandang jawatan itu buat kali kedua selepas menjawat jawatan tersebut melalui lantikan Exco pada Januari 2017.

Sementara itu, beberapa muka baharu dipilih menganggot­ai barisan tertinggi FAS pada kali ini terdiri ahli perniagaan, Datuk Awang Daud Awang Putera, 55, berasal dari Bintulu.

Beliau dipilih sebagai timbalan presiden FAS baharu yang merupakan calon tunggal merebut jawatan tersebut daripada semua persatuan bola sepak bahagian.

Manakala setiausaha kehormat Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Abdul Ajis Kon Mohamad Ghazali antara lima calon dipilih menduduki kerusi naib presiden FAS.

Turut dipilih ialah Philip Jabu (Serian FA), Mohd Saif Jubaidi ( Miri FA), Abang Zaini Abang Ismail (Sarikei FA) dan Abdillah Majid (Sri Aman).

AGM FAS kali ini menyaksika­n seramai 12 orang pencalonan untuk mengisi lima jawatan naib presiden.

Sehubungan itu, bekas pemain pertahanan Sarawak era Bujang Senang - Jefri Lana dilantik semula sebagai setiausaha agung FAS bagi sesi 2018/2021.

Dalam pada itu, Posa mahu semua exco dipilih agar memberi kerjasama padu dengan menjalanka­n tugas sebaikbaik­nya serta jujur dan ikhlas menerajui persatuan tersebut.

“Kitayakinb­arisankepi­mpinan baharu dipilih kali ini bersama-sama mengembali­kan semula kegemilang­an bola sepak Sarawak,” katanya ditemui di sini semalam.

Beliau ditemui ketika menyaksika­n perlawanan akhir Piala Limbang bagi merebut Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara pasukan Awat-Awat FC dan ABC Club di sini semalam.

Hadir merasmikan perlawanan itu ialah Menteri Muda Pertanian yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Dr Abdul Rahman Ismail.

Pada majlis sama, Posa turut menghulurk­an sumbangan peribadi berjumlah RM2 juta kepada FAS untuk pengurusan persatuan tersebut musim ini.

Kita yakin barisan kepimpinan baharu dipilih kali ini bersama-sama mengembali­kan semula kegemilang­an bola sepak Sarawak. Datuk Posa Majais Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? SUMBANGAN: Posa (dua kanan) menyerahka­n cek bernilai RM2 juta kepada Exco baharu FAS disaksikan Awang Daud (kanan) di Limbang semalam.
SUMBANGAN: Posa (dua kanan) menyerahka­n cek bernilai RM2 juta kepada Exco baharu FAS disaksikan Awang Daud (kanan) di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia