Utusan Borneo (Sarawak)

JULANG DI PERSADA DUNIA

Regata Sarawak mampu mempopular­kan negeri sebagai destinasi pelanconga­n istimewa: KM

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Regata SarawakFes­tival Tebingan Kuching yang diadakan setiap tahun diyakini dapat menjulang dan mempopular­kan nama Sarawak di persada dunia sebagai sebuah destinasi pelanconga­n yang maju, progresif, sejahtera dan unik.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam perutusann­ya sempena temasya tersebut berkata, pelbagai acara dan aktiviti diadakan bermula 26 Oktober hingga 4 November 2018.

Antaranya, Lumba Bot Naga Antarabang­sa, Dapur Sarawak, promosi Kraftangan Malaysia, persembaha­n kebudayaan, kesenian dan warisan.

“Regata Sarawak adalah antara ikon bagi Sarawak untuk menarik minat lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.

“Kejayaan penganjura­n Regata Sarawak tahun ini merupakan manifestas­i wujudnya jalinan dan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutua­n dan juga pelbagai badan korporat,” ujarnya.

Abang Johari semalam turut hadir untuk menyempurn­akan upacara menitik mata naga di Tebingan Kuching sebagai simbolik perasmian acara Lumba Bot Naga Antarabang­sa sempena Regata Sarawak 2018.

Beliau turut merasmikan promosi Kraftangan Malaysia yang disertai lebih 100 usahawan Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

Turut dirasmikan semalam ialah Dapur Sarawak yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman sepanjang Regata Sarawak di Tebingan Kuching.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui berkata, Lumba Bot Naga Antarabang­sa tahun ini menyaksika­n lebih 12 negara menghantar pasukan.

Manakala, pada hujung minggu depan akan berlangsun­g acara lumba perahu utama Regata Sarawak bagi memburu gelaran Raja Sungai Sarawak.

“Berdasarka­n pengalaman tahun lepas, dalam seminggu ini kita menjangkak­an mampu mencapai jualan kraf lebih daripada RM1 juta.

“Saya percaya sepanjang dua minggu ini kawasan Tebingan Kuching akan dipenuhi ribuan pengunjung,” kata Abdul Karim.

Dalam pada itu, pengunjung akan turut dihiburkan dengan pertunjuka­n Air Pancut Berirama dan pentas hiburan pada sebelah malam sepanjang temasya tersebut.

 ?? — Gambar Tan Song Wei ?? KAGUM: Abang Johari (tengah) tertarik dengan produk kraf yang dipamerkan pada promosi Kraftangan Malaysia sempena Regata Sarawak 2018, semalam. Turut kelihatan Abdul Karim (kiri) dan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan (kanan).
— Gambar Tan Song Wei KAGUM: Abang Johari (tengah) tertarik dengan produk kraf yang dipamerkan pada promosi Kraftangan Malaysia sempena Regata Sarawak 2018, semalam. Turut kelihatan Abdul Karim (kiri) dan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan (kanan).
 ?? — Gambar Tan Song Wei ?? TRADISI: Abang Johari (dua kiri) menitik mata naga pada bot peserta bagi acara Lumba Bot Naga Antarabang­sa sempena Regata Sarawak di Tebingan Kuching semalam. Turut kelihatan Abdul Karim (kiri).
— Gambar Tan Song Wei TRADISI: Abang Johari (dua kiri) menitik mata naga pada bot peserta bagi acara Lumba Bot Naga Antarabang­sa sempena Regata Sarawak di Tebingan Kuching semalam. Turut kelihatan Abdul Karim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia