Utusan Borneo (Sarawak)

Pusingan akhir temu duga kru kabin AirAsia di Rh Jangu Ladong Tahir hari ini

-

BINTULU: AirAsia Berhad (AirAsia) mengadakan sesi temu duga terbuka bagi pengambila­n kru kabin baharu di Rumah Jangu Ladong Tahir di sini, hari ini.

Sesi temu duga yang dijalankan di rumah panjang terbabit merupakan pusingan akhir untuk pemohon yang berjaya melepasi pemilihan pertama di Hotel Parkcity Everly Bintulu semalam.

Pengambila­n kru kabin baharu ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat penerbanga­n tersebut untuk terus membangunk­an dan mencari kakitangan berbakat dari pelbagai komuniti di negeri ini.

Ketua Kumpulan Kru Kabin AirAsia, Suhaila Hassan dalam kenyataan medianya berkata, syarikat penerbanga­n itu amat berbesar hati untuk menganjurk­an temu duga terbuka bagi pengambila­n kru kabin di Bintulu kerana percaya terdapat bakat-bakat baharu yang boleh dikembangk­an di sini.

“Selain menjadi duta kepada syarikat penerbanga­n, tugas kru kabin juga merangkumi pelbagai aspek penting yang menjadikan­nya satu kerjaya dan gaya hidup yang terjamin dan mengujakan.

“Kami mencari mereka yang berminat untuk menerokai bidang penerbanga­n dan sedia untuk menjadi sebahagian daripada Kru Kabin Tambang Rendah Asia yang terkemuka dan berpusat di hab kami di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, AirAsia adalah kumpulan yang pelbagai dan inklusif yang percaya dapat membangunk­an bakat dan Allstars yang berkembang maju dalam kerjaya mereka.

“Semua ini datang dengan pakej imbuhan, ganjaran dan pelbagai imbuhan yang menarik,” katanya.

Dalam pada itu, acara itu turut membawa sekumpulan wartawan dari pelbagai agensi media untuk menyaksika­n sesi temu duga kru kabin di

 ??  ?? TERUJA: Sebahagian peserta yang memohon untuk sesi temu duga bagi pengambila­n kru kabin AirAsia di Hotel Parkcity Everly Bintulu, semalam.
TERUJA: Sebahagian peserta yang memohon untuk sesi temu duga bagi pengambila­n kru kabin AirAsia di Hotel Parkcity Everly Bintulu, semalam.
 ??  ?? Rumah Jangu Ladong Tahir bagi memberi inspirasi kepada orang ramai menjadi sebahagian daripada keluarga besar AirAsia.
Rumah Jangu Ladong Tahir bagi memberi inspirasi kepada orang ramai menjadi sebahagian daripada keluarga besar AirAsia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia