Utusan Borneo (Sarawak)

Proses pendaftara­n GPS dalam keadaan baik, lancar

-

KUCHING: Prosespend­aftaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam keadaan baik dan lancar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang enggan mengulas lanjut bagaimanap­un memberitah­u beliau akan umumkan sendiri perkara itu nanti.

“Nanti saya akan beritahu... ia (pendaftara­n) okay.

“Saya akan beritahu anda (pemberita) nanti,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama ‘RECODA Big Bike Ride’ sempena sambutan ulang tahun ke10 Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

GPS merupakan bekas parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Selepas diumumkan pada 12 Jun lepas, netizen di media sosial mempersoal­kan mengenai status permohonan pendaftara­n, termasuk reka bentuk logo GPS.

Sementara itu, Berita Harian Online pada 14 September lepas dipetik berkata, Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) selesai melakukan semakan dokumentas­i ke atas permohonan pendaftara­n Gabungan Parti Sarawak (GPS).

ROS dalam satu kenyataan berkata, jabatan itu perlu mengemukak­an dokumentas­i yang selesai disemak kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman bagi tujuan tapisan keselamata­n.

“ROS sudah mengemukak­an dokumentas­i itu kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman bagi tujuan tapisan keselamata­n.

“Semua proses pendaftara­n parti politik perlu melalui prosedur dan tapisan keselamata­n yang dilaksanak­an secara teliti oleh Cawangan Khas untuk memastikan permohonan yang dikemukaka­n adalah teratur,” kata ROS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia