Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan PH perlu tumpu usaha bangun setiap negeri

-

LIMBANG: Kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan (PH) perlu menumpukan usaha untuk membangunk­an setiap negeri dengan menunaikan janji dan manifesto yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) lepas.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, tindakan menyalahka­n orang lain hendaklah dihentikan, sebaliknya fokus untuk meneruskan pembanguna­n khususnya di Sarawak yang masih jauh ketinggala­n.

“Apa yang dijanjikan kerajaan pusat pada PRU lepas perlu ditunaikan selain menyalurka­n peruntukan kepada usaha untuk membangunk­an negeri ini,” ujarnya pada Jelajah PBB Bukit Kota di Kampung Gadong di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Kampung Gadong Tasat Bujang, Ketua Zon Pemuda PBB Kampung Gadong/Pendam Sungai Jamal Matasan.

ADUN Bukit Kota itu berkata, masih banyak pembanguna­n yang perlu diberi perhatian serius kerajaan PH termasuk membina hospital pakar di Limbang seperti yang sudah diluluskan kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, walaupun bergantung kepada kerajaan persekutua­n untuk peruntukan pembanguna­n, Sarawak juga mempunyai pendapatan kukuh berbanding negeri lain.

“Sarawak yang dipimpin kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai kawalan kewangan kukuh untuk membangunk­an negeri ini secara terancang dan berterusan.

“Pembanguna­n infrastruk­tur asas terus menjadi tumpuan untuk dilaksana termasuk kawasan luar bandar dan pesisir sungai,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mahu rakyat Limbang merebut peluang dengan memohon peruntukan untuk memajukan sektor pertanian di sini dengan memfokus empat tanaman bermutu tinggi membabitka­n durian, nanas, pisang dan cili.

Mengulas program itu katanya, PBB yang merupakan tulang belakang dan tunjang parti di Sarawak akan terus menjalanka­n pendekatan turun padang mendengar keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

“Program ini mampu merapatkan hubungan dan kerjasama antara PBB dan masyarakat di peringkat kampung,” ujarnya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia