Utusan Borneo (Sarawak)

MCMF tawar harga tiket ‘early bird’ kepada penggemar muzik country

-

MIRI: Miri Country Music Festival (MCMF) kembali lagi tahun ini dengan menawarkan harga tiket ‘early bird’ kepada penggemar muzik country.

Penasihat MCMF Gracie Geikie berkata, MCMF yang memasuki tahun kelima penganjura­nnya akan diadakan pada 24 November, bermula jam 5 petang di Coco Cabana Miri.

“Kita amat teruja melihat festival ini dapat menyumbang­kan kepada pembanguna­n positif pelanconga­n di sini.

“Malah, festival ini juga disubsidi dan menerima pelbagai tajaan daripada penaja. Oleh sebab itu, pihak kita dapat menurunkan harga tiket kemasukan kepada RM30 untuk pembeli terawal sebelum festival bermula, manakala percuma bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sidang media bersama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin di Mega Hotel di sini, petang kelmarin.

Bagaimanap­un katanya, harga tiket akan dikenakan pada RM50 kepada yang membeli pada hari festival berkenaan.

“Kita telah pun mula mengadakan promosi melalui media-media sosial dan setakat ini, sekitar 200 tiket telah terjual.

“Untuk promosi seterusnya, kita akan mengadakan promosi di negara jiran, Brunei bagi mempromosi­kan MCMF dan menarik warga Brunei serta pengunjung lain untuk bersama memeriahka­n festival berk- enaan nanti,” ujarnya.

Bagi festival kali ini katanya, pihak penganjur menyasarka­n 1,000 pengunjung memeriahka­n MCMF.

MCMF akan menampilka­n tujuh band iaitu Delilah Rose & The Gunslinger­s ( Australia), Mel & Rani (Singapura/Indonesia), Joe Ferdinands F& F ( Singapura), Raggy ( Pulau Pinang), Ady Wow & Maha (Sabah), Mountain Wind Band (Sarawak) dan Country Road Band (Sarawak).

Coco Cabana Miri dipilih sebagai lokasi rasmi MCMF dan Mega Hotel selaku hotel rasmi bagi acara terbabit.

Mereka yang ingin membuat pembelian tiket boleh melayari laman Facebook Miri Country Music Fest atau menerusi laman placeborne­o.com/shop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia