Utusan Borneo (Sarawak)

Imigresen bekerjasam­a dengan agensi penguat kuasa di sempadan

-

TAIPING: Jabatan Imigresen akan bekerjasam­a dengan beberapa agensi penguat kuasa sebagai persediaan awal sebelum pembukaan pintu sempadan 24 jam antara Malaysia dan Thailand, kata Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata antara agensi penguat kuasa itu ialah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Polis Diraja Ma- laysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia serta tentera.

Walaupun pembukaan pintu sempadan 24 itu masih cadangan awal, namun kesiapsiag­aan perlu dalam memastikan tindakan bersepadu dapat dilaksanak­an apabila ia direalisas­ikan lebih-lebih lagi pihaknya mempunyai kekangan anggota.

“Pintu sempadan negara bukan di Kelantan sahaja, tetapi di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis yang boleh kita kawal.

“Kita bukan sahaja mengawal di kaunter tetapi ruang pembolosan seperti di lorong-lorong tikus yang memerlukan tindakan secara berpasukan untuk membantera­s penyeludup­an secara haram,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Pasukan Kawalan Khas membabitka­n 31 Pegawai Imigresen di Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN) di sini, semalam.

Mustafar mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu kerajaan persekutua­n mengkaji implikasi ke atas negeri itu jika pembukaan sem- padan 24 jam dilaksanak­an.

Rabu lepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Thailand berkata kedua-dua negara bersetuju untuk membuka pintu sempadan 24 jam sehari bagi menggalakk­an perdaganga­n bersama.

Perdana Menteri berkata langkah itu termasuk membina dua jambatan merentasi Tak Bai di Pengkalan Kubor dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan.

Dalam pada itu, Mustafar berkata pihaknya mempunyai kira-kira 400 anggota Pasukan Kawalan Khas (PKK) yang bertugas di 13 depoh tahanan seluruh negara yang berperanan mengawal sebarang rusuhan sebelum tiba bantuan polis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JADI KENANGAN: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) dan Tuanku Lailatul berkenan bergambar kenangan bersama pegawai kanan universiti dan graduan UniMAP selepas Istiadat Konvokesye­n Ke-13, UniMAP 2018 di Kampus Pauh Putra, Arau, semalam.
— Gambar Bernama JADI KENANGAN: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) dan Tuanku Lailatul berkenan bergambar kenangan bersama pegawai kanan universiti dan graduan UniMAP selepas Istiadat Konvokesye­n Ke-13, UniMAP 2018 di Kampus Pauh Putra, Arau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia