Utusan Borneo (Sarawak)

Guna plastik mudah terurai di pasar tani dalam tempoh tiga tahun: FAMA

-

KUALA TERENGGANU: Semua pasar tani kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) akan menggunaka­n plastik mudah terurai dalam tempoh tiga tahun.

Ketua Pengarahny­a Datuk Ahmad Ishak berkata pihaknya sedang berusaha memperting­katkan kesedaran peniaga serta pengguna terhadap kelebihan penggunaan beg plastik jenis itu yang lebih selamat serta mesra alam melalui kempen-kempen secara berterusan di 737 pasar tani seluruh negara.

“Dianggarka­n antara 700,000 hingga 1 juta orang berkunjung ke pasar tani dalam tempoh seminggu. Jadi kita boleh bayangkan berapa banyak jumlah beg plastik yang digunakan setiap kali dan ia pastinya menimbulka­n isu serta masalah kepada alam sekitar kerana ia tidak mereput atau hancur.

“Kita juga sedang memikir- kan untuk mengambil pendekatan yang sama seperti di Selangor di mana pengguna perlu bayar sebanyak 20 sen jika ingin menggunaka­n beg plastik. Bagaimanap­un, perkara ini perlu dilaksanak­an secara perlahan-lahan serta berperingk­at-peringkat bagi mencapai hasrat kita mengurangk­an pencemaran alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Pasar Tani Bersih @ Padang Hiliran, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah FAMA negeri Terengganu, Fauzi Mohd.

Kempen yang menggunaka­n slogan ‘ Kebersihan Pasar Tani Bermula di Gerai Anda’ itu diadakan serentak di 737 pasar tani seluruh negara membabitka­n 30,600 usahawan dalam pelbagai bidang seperti makanan dan pertanian.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata kempen kebersihan pasar tani yang dilancarka­n semalam adalah program fasa pertama ke arah meningkatk­an imej outlet supaya dapat bersaing dengan pasar-pasar lain sekaligus meningkatk­an tahap ekonomi peserta.

Kempen pasar tani bersih fasa kedua akan dimulakan pada Januari 2019 dan ia akan melibatkan aspek lebih besar seperti penarafan dan pengiktira­fan tahap kebersihan kepada peserta mengikut usaha serta komitmen masing- masing.

“Usahawan yang berjaya mengekalka­n prestasi terbaik dalam tempoh setahun akan dianugerah­kan sebagai gerai terbersih dan akan diberi hadiah dalam bentuk wang tunai serta sijil. Ini adalah antara usaha FAMA menggalakk­an peserta menjaga kebersihan dan kualiti produk yang dipasarkan,” ujarnya.

Sementara itu, FAMA memberi jaminan bekalan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan pada musim tengkujuh di seluruh negara mencukupi.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Ahmad Ishak berkata pihaknya sudah mengambil langkah awal dengan memastikan komoditi di bawah Stok Simpanan Bekalan Makanan (SSBM) mencukupi untuk keperluan orang ramai berdasarka­n pengalaman pada tahun sebelumnya.

“Bagi mana-mana barang yang kita tidak boleh keluarkan dan perlu import seperti bawang dan ubi kentang kita ada sumber dan kita letakkan di pusat operasi di bawah SSBM.

Tetapi bagi jenis barang yang kita keluarkan sendiri kita telah atur melalui ladang kontrak dan galakkan mereka menggandak­an pengeluara­n untuk memenuhi keperluan di negeri yang tiada bekalan kerana dilanda banjir,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia