Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan Mustapa ke dalam parti adalah ikhlas dan tidak berhajat pegang sebarang jawatan: Muhyiddin

-

TANGKAK: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatka­n penyertaan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam parti adalah ikhlas dan tidak berhajat memegang sebarang jawatan.

Beliau berkata Mustapa atau Tok Pa membuat keputusan itu kerana beliau yakin dengan perjuangan parti itu selain menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi BERSATU.

“Mustapa awal-awal lagi menyatakan kepada saya dia tidak berhajat untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti, dan saya yakin beliau bersikap ikhlas untuk menyertai parti.

“BERSATU sentiasa terbuka menerima sesiapa sahaja yang boleh memperkuku­hkan parti dan Mustapa pun dah lama ( dalam politik) juga sebagai menteri dan ahli parlimen,” katanya pada sidang media selepas mengadakan

Mustapa awal-awal lagi menyatakan kepada saya dia tidak berhajat untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti, dan saya yakin beliau bersikap ikhlas untuk menyertai parti. Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden BERSATU

perjumpaan bersama pemimpin tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di sini, semalam.

Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut mengakui beberapa ahli parlimen UMNO yang lain ada membuat pertemuan dengannya untuk bertanyaka­n pandangan mengenai penyertaan dalam BERSATU namun mereka tidak membuat sebarang keputusan.

Mustapa yang bertindak keluar UMNO bulan lepas, menyerahka­n borang keanggotaa­nnya secara rasmi kepada Dr Mahathir sambil disaksikan Muhyiddin dan pimpinan tertinggin­ya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti berkenaan di Petaling Jaya, malam kelmarin.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata kerajaan sedang mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum memuktamad­kan pemansuhan pelaksanaa­n hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan di negara ini.

Beliau berkata, perkara berkenaan akan dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk diteliti terlebih dahulu sebelum dibentangk­an ke parlimen.

“Kita sedang mendapatka­n maklum balas dari pelbagai pihak, media pun buat kajian ada yang setuju ada yang tidak, setakat ini keputusan muktamad belum dibuat,” kata Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir.

Beliau berkata, meskipun banyak negara lain telah melaksanak­an pemansuhan berkenaan, namun Malaysia perlu meneliti pelbagai sudut sebelum mengambil langkah sama.

Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis berkenaan Muhyiddin memaklumka­n bahawa kesihatann­ya kini sudah 60 peratus pulih selepas menjalani pembeda- han membuang ketumbuhan di pankreas serta beberapa sesi kemoterapi.

“Pankreas saya dipotong 40 peratus begitu juga deodenum dan saluran hempedu turut dipotong. Saya perlu menjalani lapan sesi kemoterapi di mana empat sudah selesai, empat lagi akan dilakukan dalam tempoh empat bulan ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERTAI: Tun Dr Mahathir menerima borang keahlian dari Mustapa untuk menyertai PPBM ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor, malam semalam.
— Gambar Bernama SERTAI: Tun Dr Mahathir menerima borang keahlian dari Mustapa untuk menyertai PPBM ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor, malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia