Utusan Borneo (Sarawak)

Moto2: SIC bantu cari pelumba gantian

-

SEPANG: Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) dalam usaha memberi bantuan mencari pelumba gantian bagi menggantik­an pelumba Moto2 Tech 3 Racing untuk bersaing pada perlumbaan Shell Malaysia Moto Grand Prix (GP) 2018.

Ketua eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali ketika ditemui Bernama berkata pelumba gantian tersebut akan dipilih berdasarka­n Kejuaraan Motosikal Asia ( ARRC) mengikut kategori yang sesuai.

“Kami akan cari pelumba Malaysia yang berada di kedudukan tertinggi pada perlumbaan ARRC dalam kategori Supersport­s 600 kerana kategori tersebut adalah paling hampir dan bersesuaia­n dengan perlumbaan kategori Moto2 nanti.

“Saya ada berhubung dengan pelumba ARRC, Azlan Shah Kamaruzama­n dan Mohd Zaqhwan Zaidi namun mereka terikat dengan komitmen masing-masing, jadi kami akan pilih yang terbaik selepas mereka berdasarka­n kedudukan terkini ARRC,” katanya pada sesi Taklimat SIC bersama sukarelawa­n sempena MotoGP yang akan diadakan pada 2-4 Nov ini.

Selain dua pelumba itu, antara pelumba Malaysia yang berpotensi untuk menjadi pelumba gantian pasukan Tech 3 ialah mereka yang berada kedudukan tertinggi sepanjang perlumbaan ARRC musim ini iaitu Azroy Hakeem Anuar, Kasma Daniel Kasmayudi dan Md Ramdan Rosli.

Katanya, keputusan pemilihan pelumba gantian itu akan diketahui dalam masa terdekat iaitu sekurangku­rangnya pada Isnin ini.

Dalam pada itu, Razlan berkata lebih kurang 500 orang sukarelawa­n turut serta dalam sesi taklimat di SIC, berkenaan penganjura­n MotoGP dari aspek keselamata­n dan keseluruha­n perjalanan penganjura­n. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? PENUH DEBARAN: Antara babak-babakaksip­erlawanan Bundesliga di antara Freiburg dan Moenchengl­adbach di Freiburg, Jerman.
— Gambar AFP PENUH DEBARAN: Antara babak-babakaksip­erlawanan Bundesliga di antara Freiburg dan Moenchengl­adbach di Freiburg, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia