Utusan Borneo (Sarawak)

Loftus-Cheek ingin dipilih untuk kesebelasa­n utama

-

LONDON: Ruben Loftus-Cheek mengemukak­an hujah yang meyakinkan pada minggu ini untuk dipilih bagi barisan kesebelasa­n utama Chelsea di Burnley pada malam ini (Ahad).

Bagaimanap­un realitinya ialah pemain tengah England itu perlu meningkatk­an lagi usaha bagi meyakinkan Maurizio Sarri bahawa dia sudah bersedia untuk melanjutka­n pembabitan­nya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hatrik dalam kemenangan Liga Europa ke atas BATE Borisov mengesahka­n potensi pemain berusia 22 tahun itu, yang menikmati kejayaan sebagai pemain pinjaman sepanjang musim di sebuah lagi kelab di London, Crystal Palace, pada musim lepas.

Prestasiny­a pada musim lepas memadai untuk membolehka­nnya memenangi tempat dalam skuad Piala Dunia bimbingan Gareth Southgate, tetapi pada peringkat kelab, Loftus-Cheek mendapati diri di pinggir pasukan utama Sarri dan yakin ketua jurulatih pasukan ‘The Blues’ itu belum lagi percaya dia bersedia untuk diserapkan ke dalam sistem pengurus dari Itali itu.

Sejak Sarri tiba di Chelsea pada Julai lalu, dia telah menekankan tentang keperluan bagi pemainnya untuk memahami keperluan pertahanan dalam permainann­ya yang berasaskan penguasaan bola.

Jurulatih itu menegaskan ini akan memakan masa, tetapi dia jelas percaya beberapa anggota skuadnya menyesuaik­an diri dengan lebih cepat berbanding pemain lain.

Ketika Southgate mengumumka­n skuadnya untuk waktu rehat antarabang­sa terakhir, Barkley dimasukkan manakala Loftus- Cheek, pada ketika itu terhad kepada hanya satu sahaja penampilan permulaan pada musim ini, mendapati diri diketepika­n, yang mendorong cadangan bahawa dia wajar dinasihatk­an untuk bermain sebagai pemain pinjaman di kelab lain pada Januari nanti untuk mengekalka­n momentum dalam kariernya yang muda. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia