Utusan Borneo (Sarawak)

Kepulauan Utara Mariana alami kemusnahan dilanda taufan Yutu

-

SAIPAN: Pesawat tentera AS yang membawa bekalan kecemasan telah terbang ke Kepulauan Utara Mariana semalam selepas kemunculan taufan kuat Yutu yang telah memusnahka­n beberapa bangunan dan memutuskan bekalan elektrik.

Ralph Torres, gabenor bagi wilayah Pasifik AS menyatakan Presiden Donald Trump telah meluluskan satu permohonan bagi satu “deklarasi utama bencana” selepas serangan ribut kuat itu, membawa angin sekuat 180 batu sejam mengakibat­kan seorang terbunuh dan kerosakan meluas.

Lebih dari 130 orang telah mendapatka­n rawatan di hospital, kebanyakan bagi luka berpunca dari serpihan yang diterbangk­an angin.

Ratusan pelancong terkandas apabila lapangan terbang antarabang­sa di pulau utama Saipan ditutup untuk penerbanga­n komersil bagi memberikan ruang udara kepada pesawat tentera.

Bekalan elektrik telah terputus di sekitar Saipan, yang merupakan kediaman bagi kebanyakan 55,000 penduduk di wilayah ini, termasuk kawasan berhampira­n Tinian.

Datuk Bandar Tinian Joey San Nicolas menyatakan ban- tuan adalah sangat diperlukan dan pihak berkuasa masih tidak mengetahui sepenuhnya bagi kerosakan, dua hari selepas serangan Yutu.

“Banyak rumah yang telah musnah, infrastruk­tur fizikal kami turut terlibat, kami tidak mempunyai bekalan elektrik atau air,” kata beliau.

“Pelabuhan kami buat masa sekarang tidak dapat dimasuki, dan beberapa kawasan di bahagian lain di pulau ini juga tidak dapat dimasuki.”

Terdapat laporan mengenai kecurian dan beberapa kedai yang telah beroperasi dengan segera kehabisan air dan barangan makanan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BENCANA ALAM: Kereta rosak kelihatan selepas Taufan Super Yutu melanda Saipan, Kepulauan Mariana Utara di AS beberapa hari yang lalu.
— Gambar Reuters BENCANA ALAM: Kereta rosak kelihatan selepas Taufan Super Yutu melanda Saipan, Kepulauan Mariana Utara di AS beberapa hari yang lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia