Utusan Borneo (Sarawak)

JALAN BERTURAP SIAP, PENDUDUK MUDAH KELUAR MASUK KE PEKAN MARUDI• Horizon

-

PERSATUAN Usahawan Burung Walit dan Pertanian Baram yang baharu ditubuhkan di pekan ini sudah mempunyai pejabat operasi di salah satu bangunan komersial di Marudi.

Pembukaan rasmi pejabat persatuan itu telah dilaksanak­an Pegawai Pertanian Marudi Sima Lait mewakili Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala, baru-baru ini.

Persatuan Usahawan Burung Walit dan Pertanian Baram telah diluluskan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) dan kini mempunyai 96 ahli termasuk dari kaum Bumiputera.

Sementara itu, Sima dalam ucapannya di majlis perasmian itu berkata, setakat ini tujuh peserta mempunyai rumah sarang burung walit ini dan diberikan bantuan berjumlah RM20,000 seorang untuk membina bangunan sarang burung ini oleh Jabatan Pertanian.

Katanya, Jabatan Pertanian akan membantu dari segi kewangan walaupun penternaka­n burung walit ini bukan di bawah Jabatan Pertanian sebaliknya di bawah Jabatan Veterinar.

Jelasnya lagi, usahawan sarang burung walit boleh menjadi contoh kepada penduduk Baram dan juga di Bahagian Miri, yang telah ramai membuat perniagaan ini dan berjaya melakukann­ya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah (KPD) Baram DSP Gabriel Risut yang dijemput hadir di majlis perasmian tersebut menyeru ahliahli persatuan untuk mengembang­kan hasil dan produk mereka hingga ke luar negara dan seterusnya membantu mereka menjana pendapatan lebih lumayan.

“Malah saya sendiri berminat untuk membuat perniagaan sarang burung walit ini kelak sekiranya saya balik Kuching nanti (bersara), kerana yakin dengan potensi dan kemampuann­ya.

“Sehubungan itu juga saya menggesa semua ahli persatuan supaya bekerjasam­a dengan satu sama lain untuk menjayakan perdaganga­n sarang burung walit dan saling membantu, agar persatuan ini dapat berkembang dengan baik,” katanya.

Hadir sama Pemanca Chong Chin Hui, Penghulu Tie King Un dan Penghulu Lau Ka Lian.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERSATU: Ahli-ahli Persatuan Usahawan Burung Walit dan Pertanian Baram yang telah diluluskan pendaftara­nnya oleh ROS.
BERSATU: Ahli-ahli Persatuan Usahawan Burung Walit dan Pertanian Baram yang telah diluluskan pendaftara­nnya oleh ROS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia