Utusan Borneo (Sarawak)

KEPIMPINAN BAHARU FAS BERKEMAMPU­AN

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) di bawah kepimpinan baharu diyakini mampu mengangkat pasukan Sarawak sekali gus mengembali­kan kegemilang­an bola sepak negeri ini.

Menteri Muda Pertanian yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) Dr Abdul Rahman Ismail berkata, FAS yang dipimpin Datuk Posa Majais bersama barisan tertinggi persatuan itu mempunyai kebolehan dan kepimpinan tinggi dalam menjulang sukan bola sepak di negeri ini.

“Tahniah kepada barisan kepimpinan FAS yang baharu dalam meneruskan hala tuju bola sepak negeri ini.

“Kita memberi keyakinan barisan kepimpinan ini akan terus mengangkat pasukan Sarawak dan mengembali­kan kegemilang­an bola sepak Sarawak,” katanya ketika merasmikan perlawanan akhir Piala Limbang bagi merebut Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara pasukan Awat-Awat FC dan ABC Club di sini petang kelmarin.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Presiden FAS Datuk Posa Majais, Timbalanny­a Datuk Awang Daud Awang Putera, barisan kepimpinan FAS, Timbalan Presiden LFA Frederick Lalong dan jawatankua­sa tertinggi LFA.

Posa mengekalka­n jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi sesi 2018/ 2021 pada Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) FAS di sini kelmarin.

Posa mengekalka­n jawatan tertinggi persatuan itu setelah mendapat pencalonan daripada semua persatuan bola sepak bahagian di neg- Mane ledak dua gol bantu The Reds menewaskan Cardiff 4-1 pada aksi liga di Anfield Sabtu lepas eri ini.

Beliau merupakan calon tunggal menyandang jawatan itu buat kali kedua selepas menyandang jawatan tersebut melalui lantikan exco pada Januari 2017.

Sementara itu, beberapa muka baharu dipilih menganggot­ai barisan tertinggi FAS pada kali ini, terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Awang Daud Awang Putera, 55, yang berasal dari Bintulu.

Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Bukit Kota berkata, LFA akan terus menyokong usaha murni FAS untuk memartabat­kan sukan nombor satu dunia, negara dan negeri ini.

“Sukan bola sepak mempunyai peminat yang ramai dan sukan yang begitu penting.

“Kita (LFA) akan terus memberi sokongan kepada pasukan negeri dalam keadaan susah dan senang, termasuk meraikan kejayaan bersama,”katanya.

Jelasnya, barisan FAS baharu mempunyai tanggungja­wab berat yang perlu digalas untuk meneruskan kesinambun­gan masa depan sukan bola sepak di Sarawak.

Bagi Limbang katanya, tujuh pertanding­an diadakan sepanjang tahun antaranya Piala Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berjaya menaikkan mutu permainan bola sepak Limbang setanding dengan Piala Sarawak.

Malah katanya, Limbang juga tampil sebagai pasukan digeruni di Sarawak kerana berjaya menempah banyak kejayaan dalam perlawanan bertaraf negeri sebelum ini.

Dalam perlawanan itu pasukan ABC Club muncul juara sekali gus membawa pulang RM5,000 dan Piala Awang Tengah Ali Hasan menewaskan Awat-Awat FC melalui sepakan penalti 5-3.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAMI JUARA: Pasukan ABC Club merakam kenangan bersama Awang Daud (lima kiri), Posa (tujuh kiri), Dr Abdul Rahman, Fazzrudin dan tetamu lain petang kelmarin.
KAMI JUARA: Pasukan ABC Club merakam kenangan bersama Awang Daud (lima kiri), Posa (tujuh kiri), Dr Abdul Rahman, Fazzrudin dan tetamu lain petang kelmarin.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Pemain dan pegawai NFDP Sarawak bergambar bersama barisan penaja.
TERIMA KASIH: Pemain dan pegawai NFDP Sarawak bergambar bersama barisan penaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia