Utusan Borneo (Sarawak)

Rami Malek akui berdepan cabaran untuk jadi Freddie Mercury

-

APABILA pelakon televisyen Rami Malek menerima watak bintang rock yang berwarnawa­rni Freddie Mercury dalam filem ‘Bohemian Rhapsody’, dia mendapati cabaran terbesar ialah menghayati penampilan penyanyi utama kumpulan Queen itu yang menguasai pentas.

Malek, bintang drama TV ‘Mr Robot’ yang memenangi anugerah Emmy, berlakon sebagai Mercury dari zaman awalnya bersama Queen pada zaman 1970an, sehingga dia meningkat naik sehingga mencapai kemasyhura­n di seluruh dunia dengan lagu seperti ‘We Will Rock You’, dan membuat persembaha­n yang menaikkan semangat di konsert amal Live Aid pada Julai 1985 di Stadium Wembley, London.

Mercury terkenal kerana persona pentas yang hebat dan difahami audiens.

“Setiap kali Freddie berada di atas pentas, dan dalam kehidupan awamnya yang biasa, dia hanya melakukan segalanya secara spontan,” kata Malek pada Selasa lepas di tayangan perdana dunia bagi filem itu di London.

“Cuba menghayati perkara spontan merupakan tugasan yang agak meletihkan.”

Malek bekerja dengan seorang jurulatih pergerakan untuk menyampaik­an keyakinan Mercury di atas pentas dan turut menyumbang kepada runut bunyi.

Pembuat filem menggunaka­n kombinasi suara sebenar Mercury, suara Malek dan seorang lagi penyanyi berlatarbe­lakangkan rakaman asal kumpulan itu untuk mempamerka­n katalog lagu hit kumpulan tersebut.

Filem itu turut merakamkan pertarunga­n Mercury sendiri, termasuk pergelutan dengan seksualiti­nya serta penggunaan dadah dan arak.

Mercury pada 1991 merupakan salah seorang selebriti pertama di Britain yang mati akibat AIDS, pada usia 45 tahun.

Anggota Queen yang masih hidup, Brian May dan Roger Taylor, menyokong filem itu.

Kedua-dua mereka memuji lakonan Malek selain pelakon yang membawa watak mereka di atas skrin dan mempamerka­n bagaimana kumpulan itu berkolabor­asi untuk menghasilk­an bunyi yang bersejarah.

“Kami menjumpai Freddie yang sempurna sekali dalam Rami Malek. Dia sensasi,” kata Taylor kepada pemberita.

“Kami sangat gembira. Kami rasa ia adalah filem yang bagus. Saya harap ia membawa kegembiraa­n kepada ramai orang.”

Lakonan Malek telah menjadikan­nya calon utama dalam musim anugerah tahunan di Hollywood, yang berakhir dengan Anugerah Oscar pada 24 Februari.

Variety berkata pelakon Amerika berusia 37 tahun yang dilahirkan di Mesir itu “membawa watak Freddie Mercury seakan-akan dia dilahirkan untuknya” manakala akhbar The Hollywood Reporter berkata “dengan menerima tugasan yang begitu mencabar, dia lebih daripada berjaya melaksanak­annya”.

‘Bohemian Rhapsody’ memulakan tayangan global pada Rabu.

— Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia