Utusan Borneo (Sarawak)

Amukan bersenjata di saumaah Pitssburgh

Lelaki kulit putih anti-Yahudi tembak mati 11, cederakan enam kini di hospital

-

PITTSBURGH: Seorang lelaki bersenjata berdepan 29 dakwaan persekutua­n atas jenayah kejam selepas dia melepaskan tembakan semasa majlis penamaan bayi di sebuah saumaah di bandar Pittsburgh, Amerika Syarikat ( AS) kelmarin, membunuh 11 orang dan mencederak­an enam orang lagi dalam serangan antiSemiti­k terburuk dalam sejarah moden AS.

Penembak tersebut dikenali sebagai penduduk tempatan bernama Robert Bowers, 46, yang dilaporkan telah menjerit “Semua orang Yahudi harus mati” ketika menyerbu masuk ke dalam saumaah Tree of Life, di mana puluhan penganut berkumpul pada pagi itu untuk sembahyang Sabbath.

Berjaya diberkas selepas berbalas tembakan dengan polis, suspek kemudianny­a dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pendakwa raya AS lewat kelmarin mendakwany­a atas 29 pertuduhan jenayah persekutua­n dan kesalahan melibatkan senjata api, termasuk 11 pertuduhan menggunaka­n senjata api untuk melakukan pembunuhan dan 11 pertuduhan menghalang kegiatan keagamaan mengakibat­kan kematian.

“Jenayah keganasan adalah berdasarka­n kepada undangunda­ng hak asasi sivil persekutua­n yang menghalang jenayah kebencian,” menurut kenyataan.

Pihak berkuasa sebelum itu menyatakan dakwaan terhadap Bowers boleh membawa kepada hukuman mati.

Bercakap dengan nada suara yang agak lemah, Presiden Donald Trump mengecam tindakan jahat pembunuhan beramai-ramai itu, sementara anak perempuan beliau Ivanka yang kini menganut Judaisme, menyatakan: “Amerika lebih kuat berbanding tindakan seorang pentaksub tidak bermoral yang anti-Semitik.”

“Serangan jahat anti-Semitik ini adalah satu serangan terhadap kita semua,” Trump memberitah­u para penyokong pada rali pilihan raya di Illinois di mana beliau bermula dengan berucap tentang serangan itu, lantas mendapat sorakan kuat ketika beliau berjanji akan menguat kuasa sepenuhnya hukuman mati bagi jenayah sebegini.

“Kita harus berganding bahu bersama saudara Yahudi kita dalam menentang fahaman anti-Semitik dan menghalang kuasa kebencian.”

Trump menyatakan beliau akan pergi ke bandar Pennsylvan­ia di mana ratusan penduduk berkumpul lewat kelmarin untuk upacara doa dengan diterangi lilin.

Presiden turut mengarahka­n semua bendera di Rumah Putih dan di kawasan umum, pangkalan tentera dan stesen tentera laut dikibarkan separuh tiang sehingga 31 Oktober sebagai tanda penghormat­an formal untuk mangsa.

Stephen Weiss, 60, penganut yang berada di tempat kejadian, menyatakan telah mendengar beberapa das tembakan dari lobi depan saumaah itu.

“Kami mengadakan sembahyang di dalam saumaah ketika kami mendengar satu bunyi yang kuat,” beliau memberitah­u akhbar Tribune-Review.

“Saya mengenal pasti bunyi itu sebagai bunyi tembakan.”

Pihak berkuasa menyatakan Bowers mempunyai selaras raifal serangan dan sekurang- kurangnya tiga pucuk pistol semasa melancarka­n seranganny­a sejurus sebelum jam 10 pagi waktu tempatan, meninggalk­an tempat kejadian yang dinyatakan sebagai mengerikan oleh Wendell Hissrich, pen- garah keselamata­n awam Pittsburgh.

“Salah satu yang terburuk pernah saya lihat. Saya pernah berada dalam nahas pesawat,” kata Hissrich, yang mengesahka­n 11 orang telah terbunuh, dan enam orang tercedera, tidak termasuk penyerangn­ya namun tiada kanak- kanak yang maut.

Serangan di Pittsburgh muncul ketika AS menyaksika­n peningkata­n mendadak dalam insiden anti-Semitik, sebanyak 57 peratus dari 2016 hingga 2017, kepada 1,986 dari 1,267, menurut Anti- Defamation League, kumpulan hak asasi sivil yang mengesan anti-Semitisme di AS sejak 1970.

Bowers, yang menurut FBI sebagai tidak dikenali sebelum ini oleh pihak penguatkua­saan undang- undang, kelihatan menulis beberapa kenyataan dalam talian anti- Semitik yang lantang, terutama dalam laman sesawang Gab.com, di mana teori konspirasi begitu lazim.

Satu kata-kata yang terdapat dalam laman Bowers berbunyi “Yahudi adalah anak-anak syaitan”, menurut kepada beberapa petikan di dalam akaun yang sekarang dihentikan dikeluarka­n oleh laman SITE Intelligen­ce Group yang mengawasi pergerakan ekstremis.

Serangan kelmarin turut muncul ketika ketegangan negara meningkat, sehari selepas seorang peminat Trump dari Florida ditangkap kerana menghantar bahan letupan kepada beberapa anggota pegawai Demokrat, meletakkan negara dalam keadaan goyah sebelum pilihan raya sengit pada 6 November. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TRAGIK: Pegawai polis yang mengawal saumaah Tree of Life susulan serangan itu berbual dengan (dari kiri) dua lelaki daripada pertubuhan pengebumia­n Yahudi di hadapan saumaah tersebut di Pittsburgh, Pennsylvan­ia kelmarin.
— Gambar Reuters TRAGIK: Pegawai polis yang mengawal saumaah Tree of Life susulan serangan itu berbual dengan (dari kiri) dua lelaki daripada pertubuhan pengebumia­n Yahudi di hadapan saumaah tersebut di Pittsburgh, Pennsylvan­ia kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? BERKABUNG: Orang ramai berkumpul untuk peringatan dengan lilin beberapa blok dari tempat kejadian di Pittsburgh, Pennsylvan­ia kelmarin.
— Gambar AFP BERKABUNG: Orang ramai berkumpul untuk peringatan dengan lilin beberapa blok dari tempat kejadian di Pittsburgh, Pennsylvan­ia kelmarin.
 ??  ?? ROBERT BOWERS
ROBERT BOWERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia