Utusan Borneo (Sarawak)

Kebebasan beragama dijaga

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Kerajaan sentiasa menjaga hak kebebasan beragama di Sarawak dan rakyat pelbagai kaum mempunyai kebebasan untuk menjalanka­n aktiviti keagamaan masing-masing dalam keadaan harmoni.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata walaupun agama Islam telah wujud sejak sekian lama di Sarawak, namun rakyat bebas menganut agama Kristian, Buddha dan lain-lain.

Beliau berkata isu kebebasan agama bukan menjadi masalah kepada rakyat di sini dan kerajaan sentiasa menjamin hak kebebasan beragama di Sarawak.

“Rakyat negeri ini bebas mengamalka­n agama dan kepercayaa­n masing-masing dan keharmonia­n rakyat ini perlu dikekalkan,” katanya ketikaa berucap pada Ulang Tahun Ke-34 Pertubuhan Ugama Buddha Lawas dan Ulang Tahun Ke-10 Premis Di Lawas di sini semalam.

Turut hadirAhli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari Lawas Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa, Pengerusi Pertu- buhan Ugama Buddha Lawas Wong Pao Yun dan pengerusi pengelola Lim Vee Ling.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata lagi kerajaan sentiasa prihatin terhadap kepentinga­n semua kaum dalam dasar-dasarnya.

“Walaupun kita berbilang kaum dan mempunyai keper- cayaan agama masing-masing, kita tetap dapat hidup secara aman dan damai,” katanya.

Jelasnya perbezaan latar belakang, budaya dan agama yang dianuti rakyat di Sarawak terus menjadi kekuatan untuk rakyat hidup dalam keadaan harmoni bersatu padu dan bekerjasam­a antara satu sama lain.

Perbezaan tersebut ujar beliau, tidak pernah menjadi masalah kepada perpaduan antara kaum sebaliknya menjadikan masyarakat terus bersatu dan harmoni.

“Tiada tembok perbezaan dalam memastikan rakyat di Sarawak terus hidup harmoni meskipun mempunyai kepercayaa­n, budaya, agama dan bahasa berbeza-beza,” ujarnya.

Beliau mahu golongan muda melibatkan diri dengan aktif dalam program keagamaan yang diadakan.

Pertubuhan Ugama Buddha Lawas menurutnya mengutamak­an kebajikan penduduk yang beragama Buddha serta melaksana pelbagai aktivitiak­tiviti amal.

Pada majlis sama beliau turut mengumumka­n RM50,000 peruntukan kerajaan untuk tahun depan kepada persatuan itu.

 ??  ??
 ??  ?? KEKAL HARMONI: Awang Tengah (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Pertubuhan Ugama Buddha Lawas semalam.
KEKAL HARMONI: Awang Tengah (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Pertubuhan Ugama Buddha Lawas semalam.
 ??  ?? PESTA CAHAYA: Tetamu kehormat bersama menyalakan pelita tanda sambutan Malam Deepavali 2018 di Miri, Sabtu lalu.
PESTA CAHAYA: Tetamu kehormat bersama menyalakan pelita tanda sambutan Malam Deepavali 2018 di Miri, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia