Utusan Borneo (Sarawak)

LEWAT DIBAYAR UPAH, PENGASUH DERA BUDAK

-

KUCHING: Hanya kerana lewat dibayar upah mengasuh, kanakkanak yang baharu berusia setahun dua bulan menjadi mangsa keadaan.

Dikatakan, kanak-kanak terbabit dilapor tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu bagi mendapatka­n rawatan.

Setelah diperiksa, kanak-kanak terbabit didapati berada dalam keadaan kritikal ekoran tidak diberi makan dan minum yang mencukupi hampir tiga minggu.

Malah, ia turut menyebabka­n mangsa diserang penyakit sawan dan jangkitan kuman pada paruparuny­a.

Selain itu, pemeriksaa­n turut mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian kepala kanak-kanak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, bertindak atas laporan, pihaknya menahan seorang wanita berusia 23 tahun pada 27 Oktober lalu di Batu Kawa bagi membantu siasatan.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku ada memukul kanakkanak berkenaan menggunaka­n botol susu pada bahagian kepala sebanyak dua kali.

“Dia (suspek) juga mengaku memukul menggunaka­n tangan supaya kanak-kanak itu berhenti menangis,” katanya.

Menurut Aidil, suspek bertindak sedemikian akibat marah kepada ibu kanak-kanak terbabit kerana lewat membayar upah.

Difahamkan kanak-kanak itu dijaga oleh pengasuh tersebut selama tiga minggu dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam.

Kali terakhir pengadu berjumpa dengan anaknya ialah pada 23 Oktober lalu kerana terpaksa bekerja.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta KanakKanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau keduaduany­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia