Utusan Borneo (Sarawak)

NIKMATI AIR TERAWAT

- Oleh Abang Ismail Abang Su'ud

BINTULU: Penduduk di lima rumah panjang di Sungai Sigu, Sebauh kini dapat menikmati kemudahan air terawat 24 jam setelah Kerajaan Sarawak melaksanak­an Projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) berkos RM14 juta di rumah panjang berkenaan.

Ia merupakan projek di bawah Program Grid Bekalan Air dalam bidang kuasa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dengan peruntukan RM2.8 biliondi seluruh Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan dana RM2.8 bilion melalui pelaksanaa­n projek SAWAS akan membolehka­n penduduk menikmati air terawat sepenuhnya secara berterusan tanpa bergantung kepada kemudahan air graviti selama 24 jam.

Katanya, lima rumah panjang di Sebauh diberi kemudahan itu yang berkos RM14 juta yang mana kemudahan itu akan membekalka­n air terawat secara berterusan.

"Sebanyak 217 projek telah dikenal pasti untuk dilaksanak­an di luar bandar seluruh Sarawak dengan kos berbilion ringgit," ujarnya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Projek SAWAS Pakej 1 di Rumah Banta Baong Sungai Sigu Sebauh semalam.

Projek SAWAS Pakej 1 meliputi Rumah Unchau, Rumah Banta Baong, Rumah Sunam Una, Rumah Kaya Paji dan Rumah Renang dengan peruntukan RM14 juta bermula pelaksanaa­n pada 31 Oktober 2017 dan siap 30 Ogos 2018 yang memberi manfaat kepada kira-kira 100 pintu di lima rumah panjang kawasan tersebut.

Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak telah mengambil alih projek itu dengan menumpu kawasan luar bandar yang banyak tidak menerima air terawat sekali gus projek itu dengan sumbernya dari air sungai akan lebih bersih untuk mandi dan keperluan makan minum penduduk.

"Sekarang ini kita tidak boleh bergantung kepada kerajaan pusat yang mengumum itu ini tetapi tidak datang melaksanak­annya," katanya sambil menambah, akan mencari dana khusus untuk pelaksanaa­n projek kemudahan air di seluruh Sarawak.

Beliau berkata, pada 5 November beliau akan mengumumka­n dalam Bajet Sarawak bagaimana cara mendapatka­n dana untuk membangunk­an Sarawak dan ia juga adalah bajet rekod di Sarawak yang melibatkan peruntukan untuk air, elektrik dan jalan raya termasuk menara telekomuni­kasi.

Katanya, Kerajaan Sarawak akan membina semua menara telekomuni­kasi dan menara yang telah siap dibina adalah di Long Busang Hulu Rajang yang sebelumnya tidak ada isyarat telekomuni­kasi.

Abang Johari menyatakan keikhlasan Kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat Sarawak sambil berharap rakyat bersabar menunggu bajet yang akan dibentangk­annya pada 5 November ini dalam usaha membantu membangunk­an infrastruk­tur penting termasuk jalan raya di Sarawak.

Di samping telah dilengkapi kemudahan bekalan air dan elektrik, beliau turut memberi jaminan akan membina menara telekomuni­kasi di Rumah Bantaserta akan membincang­kan cara untuk melaksanak­an pembinaan jalan raya berturap di kawasan itu seperti yang diminta penduduk melalui Penghulu Banta Baong.

"Apa yang penting rakyat Sarawak bekerjasam­a, perpaduan mesti ada. Orang semua mahu tengok Sarawak sebab Sarawak mengeluark­an minyak dan gas lebih-lebih lagi Bintulu.

"Semua mahu ambil Sarawak sebab kaya dengan minyak dan gas, sebab itu saya mengatakan Sarawak mesti dijaga orang Sarawak dan jangan suruh orang lain jaga seperti yang diperkatak­an oleh Tok Nan, 'Take Care Sarawak' dengan kuasa yang terhakis dikembalik­an semula kepada Sarawak," katanya sambil menyatakan ketegasan untuk meneruskan kerja Tok Nan dengan mengambil kuasa yang terhakis supaya negeri ini dapat diurus sendiri oleh pemimpin negeri ini.

Turut diumumkan Abang Johari ialah memberi peruntukan dengan kos RM700,000 untuk membaik pulih kawasan tanah runtuh serta bahagian dapur Rumah Banta.

Hadir sama Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Luar Bandar) Datu Jaul Samion, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengarah JBALB Sarawak Chang Kuet Shian, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat dan Tuai Rumah Nicholas Sandom serta Penghulu Banta Baong.

Projek SAWAS berkos RM14 juta beri manfaat kepada penduduk lima rumah panjang.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari(tengah) bersama Dr Rundi, Penghulu Banta (kanan), Tiong dan Karim (kiri) secara simbolik membuka kepala paip sempena Projek SAWAS di Rumah Banta Sungai Sigu Sebauh.
RASMI: Abang Johari(tengah) bersama Dr Rundi, Penghulu Banta (kanan), Tiong dan Karim (kiri) secara simbolik membuka kepala paip sempena Projek SAWAS di Rumah Banta Sungai Sigu Sebauh.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia