Utusan Borneo (Sarawak)

Rasa gelisah rupanya petanda rumah akan terbakar

Pemilik rumah alami rasa gelisah malam kelmarin, sebelum keluar rumah pagi semalam

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seorang wanita warga emas tidak menyangka rasa gelisah yang dialaminya malam kelmarin dan sebelum keluar dari rumah untuk ke pasar pagi semalam antara petanda kebakaran yang memusnahka­n rumahnya di Jalan Kuching Timur, Taman Tunku di sini.

Nurhalizah, 60, berkata dia sama sekali tidak menyangka api telah memusnahka­n barang-barang dan rumahnya dengan sekelip mata.

“Semasa kejadian saya tiada di rumah kerana keluar ke pasar ikan di pusat bandar dengan menaiki bas awam kira-kira jam 9.30 pagi.

“Bagaimanap­un, saya terkejut apabila menerima panggilan daripada jiran yang memberitah­u rumah saya hangus dijilat api, lantas dengan segera meminta tolong anak buah untuk menghantar saya pulang.

“Saya tidak sangka perasaan gelisah, tidak senang duduk dan tidak dapat tidur malam tadi (kelmarin) sebenarnya

Saya tidak sangka perasaan gelisah, tidak senang duduk dan tidak dapat tidur malam tadi (kelmarin) sebenarnya adalah tanda-tanda awal kepada saya atas kejadian kebakaran ini. Nurhalizah Pemilik rumah

adalah tanda- tanda awal kepada saya atas kejadian kebakaran ini,” katanya sambil menambah beliau tinggal bersendiri­an di rumah tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi semalam, tiga rumah teres setingkat hangus dijilat api.

Difahamkan kejadian disedari jiran berdekatan yang menyedari api dan asap muncul secara tiba-tiba dari salah sebuah rumah terbabit.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.28 pagi.

“Setibanya pasukan pertama di lokasi, didapati kebakaran melibatkan tiga unit rumah kediaman sedang marak merebak ke kiri dan kanan rumah.

“Pasukan terus membuat ‘fire break’ dari depan dan belakang rumah supaya kebakaran dapat dihentikan daripada merebak seterusnya melakukan pemadaman dari dalam rumah sehingga kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Law yang juga komander operasi berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tersebut ditamatkan pada jam 2.48 petang.

Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri diketuai Pegawai Bomba Kanan II Sulaiman Julaihi terlibat dalam operasi pemadaman dan turut dibantu tujuh anggota dari BBP Lopeng.

 ??  ?? MUSNAH: Anggota bomba dibantu orang awam berusaha memadamkan api yang masih marak di bahagian bumbung rumah tersebut.
MUSNAH: Anggota bomba dibantu orang awam berusaha memadamkan api yang masih marak di bahagian bumbung rumah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia