Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bantu pemilik tanah NCR majukan tanah

Supaya tanah menjadi lebih bernilai ekonomi terutama dengan menggalakk­an pembanguna­n pertanian cara terkini

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kerajaan Sarawak akan membantu pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) memajukan tanah mereka supaya menjadi lebih bernilai ekonomi teru- tama dengan menggalakk­an pembanguna­n pertanian cara terkini bagi menjana pendapatan termasuk mempercepa­tkan pengukuran hak milik tanah tersebut.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, tanah tidak akan membawa keuntungan sekiranya tidak dikerjakan dan untuk memberi nilai kepada tanah itu, pemilik perlu ada beberapa perancanga­n pembanguna­n untuk tanah mereka.

Disebabkan itu katanya, Kerajaan Sarawak telah melakukan pembaharua­n ke atas kanun tanah NCR termasuk Pemakai Menoa dan Pulau Galau yang mana tanah itu perlu diberi hak pemilikan, tidak harus dijual tetapi mesti diurus atas pemegang amanah supaya ia memberi nilai.

“Saya telah mencatatka­n apa yang disebut Alex (Datuk Alexander Nanta Linggi)dan Douglas (Datuk Amar Douglas Uggah Embas) yang bermakna saya mengambil serius mengenai apa yang dibangkitk­an,” ujarnya.

Beliau berkata demikin ketika memberi maklum balas terhadap resolusi yang dikemukaka­n pada majlis penutupan rasmi Simposium Budaya Iban Ke-7 yang disertai 300 peserta bertemakan `Optimizing Our Resources: Leveraging on Digital Economy for Greater Prosperity’ di sebuah restoran di Bintulu Sentral malam kelmarin.

Katanya, simposium itu mengandung­i beberapa perkara yang harus diselesaik­an dan beliau sedia mendengar pelbagai isu berkaitan dengan komuniti Iban.

Beliau berkata, saranan tentang pembanguna­n tanah itu bukan oleh saya seorang tetapi seluruh pimpinan dan rakan-rakan dalam kabinet turut melihat akan usaha itu dengan objektif sama yang sekiranya tidak bersesuaia­n akan diperbetul­kan.

“Kita inklusif berbanding sebelumnya, saya mendengar mengenai masalah kekurangan juruukur untuk kerja pengukuran tanah NCR, penyelesai­annya kita tambahkann­ya (tenaga kerja juruukur).

“Saya boleh bagi lebih (peruntukan) wang untuk menjalanka­n kerja ukur yang tertangguh kepada Uggah supaya dapat dipercepat­kan. Ini caranya, kita perlu ada bahagian tambahan untuk menyelesai­kan perkara berkaitan NCR tetapi saya memohon tolong jaga tanah tersebut kerana kalau dijual pemilik tidak akan dapat apa-apa,” katanya.

Mengenai peluang ekonomi yang dibangkitk­an katanya, pelaksanaa­n banyak Transforma­si Projek Luar Bandar (RTP) sahaja cukup dalam kawasan pilihan raya negeri ini dengan peruntukan untuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)untuk pelaksanaa­n kerja oleh kontraktor kelas F, C dan D pada setiap tahun yang mempunyai 72 konstituen­si dalam pembanguna­n kawasan luar bandar.

“Saya umumkan untuk Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) secara yang diketahui untuk Samalaju Bintulu dan Tanjung Manis tetapi saya mengkaji dengan memfokuska­n beberapa kawasan luar bandar yang dipecah tiga merangkumi pembanguna­n semua kawasan Hulu Rajang, tanah tinggi kawasan Baram termasuk Bukit Sadok,” katanya.

Beliau berkata, penekanan itu adalah membangunk­an infrastruk­tur asas bekalan air, elektrik dan jalan raya dengan peruntukan kepada Hulu Rajang, Baram termasuk Bukit Sadok yang kesemuanya RM3 bilion bagi merubah ekonomi terutama berkaitan pembanguna­n tanah untuk pertanian.

“Orang tanya saya di mana dapat duit berbilion-bilion untuk pembanguna­n infrastruk­tur itu yang mana ia adalah melalui dana minyak dan gas dengan kerajaan negeri mempunyai hak ke atas sumber itu serta kemaskini undang-undang minyak sekali gus syarikat yang menjalanka­n penerokaan sumber tersebut perlu memohon lesen permit,” tambahnya.

Berhubung perkhidmat­an awam katanya, pengambila­n kakitangan dalam syarikat berkaitan kerajaan adalah berdasarka­n kelayakan akademik yang memberi peluang kepada semua namun enam kakitangan dari kaum Iban turut dinaikkan pangkat yang bermakna kenaikan pangkat dan pengambila­n kakitangan bukan berdasarka­n kepada kaum tetapi kebolehan dan kelayakan.

Katanya, berkaitan Mahkamah Bumiputera, kerajaan akan mengkaji dan meneliti agar mahkamah tersebut lebih profesiona­l dalam pengurusan kes dari sudut adat bagi menguatkan adat di negeri ini termasuk kemungkina­n menjadikan peguam sebagai majistret.

Perkara keenam mengenai hasil tanah yang turun harga yang menjejas petani katanya, kita akan mengkaji bagi memastikan perkara itu ditangani serta para petani dapat dibantu.

Pada masa sama beliau turut mengumumka­n mengenai bantuan untuk anak yang baharu lahir pada tahun depan namun belum diumum jumlahnya sehingga pengumuman Baet negeri pada 5 November ini yang mana dana kewangan itu boleh dikeluarka­n ketika anak tersebut berumur 18 tahun sama ada untuk diguna melanjutka­n pelajaran ke universiti atau mungkin menjalanka­n perniagaan.

Selain itu beliau menyeru agar rakyat pelbagai kaum di negeri ini terus bersatu memandangk­an Kerajaan Sarawak konsisten dengan dasarnya untuk melaksanak­an pembanguna­n ke atas negeri ini.

“Ingin saya perkatakan, saya memahami apa yang kita perlukan, disebabkan itu selepas pilihan raya lepas saya buat keputusan keluar BN (Barisan Nasional) kerana hanya orang Sarawak dapat menguruska­n orang Sarawak.

“Kita di Sarawak ada budaya sendiri, ada negeri tiada simposium seumpamany­a yang antara sebab program ini wajar diteruskan supaya ada maklum balas agar kita dapat menggubal dasar, sekiranya tidak sesuai kita perbetulka­n namun polisinya mesti sama dengan kehendak masyarakat,” katanya sambil menambah, keharmonia­n hidup masyarakat di Sarawak atas sifat saling memahami antara satu sama lain.

Beliau turut melaungkan mengenai tanggungja­wabnya sebagai ketua menteri untuk semua rakyat Sarawak dan jaminannya untuk melindungi hak serta kepentinga­n semua rakyat Sarawak.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah yang juga pengerusi simposium Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pengerusi jawatankua­sa pengelola simposium Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi, Penasihat Pendidikan Sains Negeri Sarawak juga bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan isteri Datuk Patinggi Tan Sri Empiang Jabu.

Ia termasuk Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil dan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti merangkap timbalan pengerusi jawatankua­sa pengelola simposium Datuk Francis Harden Hollis.

Selain itu Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Luar Bandar) Jabatan Ketua Menteri merangkap Penasihat Simposium Datu Jaul Samion,

timbalan tengerusi jawatankua­sa pengelola merangkap Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) Datuk Joseph Salang Gandum, Pengerusi Yayasan Tun Jugah Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Tun Jugah, Pengerusi Serakup Indu Dayak Sarawak merangkap Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Datuk Alice Jawan, ADUN Samalaju Majang Renggi dan Residen Bintulu Jack Aman Luat, ketua-ketua jabatan kerajaan serta kenamaan lainnya.

Saya telah mencatatka­n apa yang disebut Alex (Datuk Alexander Nanta Linggi)dan Douglas (Datuk Amar Douglas Uggah Embas) yang bermakna saya mengambil serius mengenai apa yang dibangkitk­an. ” Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari, Uggah, Nanta (tengah) serta menteri-menteri kabinet negeri, peserta simposium dan tetamu yang hadir pada majlis penutupan Simposium Budaya Iban Ke-7 merakam gambar kenangan.
UNTUK ALBUM: Abang Johari, Uggah, Nanta (tengah) serta menteri-menteri kabinet negeri, peserta simposium dan tetamu yang hadir pada majlis penutupan Simposium Budaya Iban Ke-7 merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia