Utusan Borneo (Sarawak)

Chong tidak bersetuju komposisi anggota Jawatankua­sa Khas Kabinet MA63 tidak adil

-

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari bahawa komposisi anggota Jawatankua­sa Khas Kabinet Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) sebagai tidak adil.

Tegas Chong, jawatankua­sa khas ini ditubuhkan untuk menyemak dan menyelaras MA63 dalam usaha mengembali­kan dan memulihkan status serta hak- hak Sarawak dan Sabah yang telah terhakis di bawah perjanjian ini.

Menurut Chong, bilangan anggota adalah perkara kedua, apa yang penting ialah mereka yang menganggot­ai jawatankua­sa, sama ada mereka dapat bersuara atau tidak.

“Kita ada lapan wakil dari Semenanjun­g Malaysia dan lapan lagi dari Sarawak dan Sabah termasuk Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Apa yang lebih penting ialah mereka di dalam jawatankua­sa ini, sama ada Abang Johari berani untuk menyuaraka­n permintaan Sarawak di hadapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atau tidak,” katanya.

Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini semalam.

Antara individu lain yang turut menganggot­ai jawatankua­sa berkenaan ialah Menteri Kerja Raya Baru Bian dan Peguam Besar Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid dari Sarawak dan dari Sabah, Menteri Perdaganga­n Datuk Darell Leiking, Menteri di Pejabat Perdana Menteri ( Undang- Undang) Datuk Liew Vui Keong, Peguam Besar Sabah Zaleha Rose Pandin dan Peguam Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah.

Barisan keanggotaa­n lain termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Peguam Negara Tommy Thomas dan Profesor Un- dang-Undang Universiti Malaya Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

“Saya menggesa Abang Johari supaya lebih berani dalam jawatankua­sa ini dan bukan sekadar bertindak berani di Sarawak dengan membuat kenyataan.

“Ketika ini, beliau (Abang Johari) membarisi jawatankua­sa ini dan beliau perlu berani menyuaraka­n permintaan dan berjuang demi Sarawak dalam menyemak MA63 ini,” ujar Chong.

Chong juga yakin, rakyat Sarawak akan menyokong dan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dan beliau tidak mahu Abang Johari membuat alasan lagi dengan membangkit­kan soal komposisi keanggotaa­n jawatankua­sa ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia