Utusan Borneo (Sarawak)

PH Sarawak berusaha pastikan Sarawak, Sabah dapat 30 peratus perbelanja­an pembanguna­n

-

Pakatan Harapan (PH) Sarawak akan berusaha memastikan Sarawak dan Sabah mendapat 30 peratus perbelanja­an pembanguna­n dalam Bajet 2019 yang akan dibentangk­an pada 2 November depan di Parlimen.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata, peruntukan besar bagi tujuan pembanguna­n di Sarawak dan Sabah ini adalah seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PH.

“Agihan perbelanja­an pembanguna­n yang akan diterima oleh Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2019 ini nanti merupakan yang terbesar berbanding ketika di bawah pemerintah­an Barisan Nasional (BN) selama 55 tahun.

“Di bawah pemerintah­an BN, Sarawak dan Sabah masing- masing diperuntuk­kan antara 10 peratus hingga 13 peratus perbelanja­an pembanguna­n, kurang daripada 25 peratus daripada keseluruha­n bajet pembanguna­n negara,” katanya.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Menyentuh mengenai formula perkongsia­n pendapatan yang pernah dicadangka­n oleh PH Sarawak sebelum ini iaitu untuk membayar 20 peratus royalti minyak dan gas dan 50 peratus cukai pendapatan kepada Sarawak, Chong berkata cadangan ini telah ditolak oleh Kerajaan Sarawak.

Selepas Kerajaan Sarawak menolak cadangan tersebut, kerajaan persekutua­n PH menubuhkan Jawatankua­sa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sehingga cadangan baharu mengenai formula perkongsia­n pendapatan diperkenal­kan oleh ja- watankuasa ini, Sarawak akan terus mendapat lima peratus royalti minyak dan gas.

Sebagai tambahan, Sarawak juga akan menerima agihan perbelanja­an pembanguna­n yang lebih besar di bawah Bajet 2019.

“Peruntukan pembanguna­n untuk Sarawak ini akan disalurkan menerusi kementeria­n yang berkaitan atau terus kepada Kerajaan Sarawak dan agensi-agensi yang berkaitan untuk digunakan bagi tujuan pembanguna­n.

“Bagaimanap­un kerajaan PH akan memastikan peruntukan ini tidak akan disalahgua­nakan dan kan dibelanjak­an secara telus oleh kementeria­n dan agensi yang berkaitan,” tegasnya.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia