Utusan Borneo (Sarawak)

Kehadiran Tun Taib serikan Regata Mukah 2018

-

SIBU: Regata Mukah 2018 yang menutup tirainya semalam diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib serta beberapa kenamaan lain antara yang mengiringi beliau pada acara yang bermula pada 26 Oktober lalu itu.

Sempena acara Regata Mukah tersebut, Tun Tain dan Toh Puan Ragad turut menghadiri majlis perayaan tradisiona­l iaitu ‘ Keman Berambeh Regata Mukah’ di tapak letak kereta di Pasar Lama Mukah.

Pada majlis ini, Tun Taib dan Toh Puan Ragad serta kenamaan lain disajikan dengan pelbagai hidangan makanan tradisiona­l masyarakat setempat sambil dihiburkan dengan persembaha­n penyanyi tempatan.

Sebelum itu, Tun Taib dan Toh Puan Ragad dibawa ke pentas yang didirikan berhampira­n tebing sungai di mana acara sukan air diadakan.

Kedua-dua pasangan itu diberi penghormat­an untuk menyaksika­nacara‘RajaSungai’ yang menampilka­n penyertaan 30 perahu tradisiona­l ‘Perahu Bidar’ di mana lapan perahu bersaing antara satu sama lain pada aksi kemuncak.

Keputusan menyaksika­n perahu bidar Ribut Tropika 1 muncul Raja Sungai Regata Mukah 2018, diikuti Rasa Sayang naib johan, manakala tempat ketiga dimenangi Sau Bersatu.

Juara membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM2,400 dan piala manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing RM1,600 dan RM1,200 berserta piala.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada para pemenang disempurna­kan oleh Tun Taib.

Turut hadir Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, Presiden Persekutua­n Persatuan Melanau Sarawak Dato Sri Dr Muhammad Leo Toyad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yuuibnosh Balo, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie, Kenil Jara’iee, Faridah Osman, Residen Mukah Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili dan Temenggung Hendi Suhai.

 ??  ?? TAHNIAH: Tun Taib menyampaik­an hadiah kepada juara perahu bidar sempena Regata Mukah 2018.
TAHNIAH: Tun Taib menyampaik­an hadiah kepada juara perahu bidar sempena Regata Mukah 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia