Utusan Borneo (Sarawak)

UMK disaran lebih agresif promosi produk di bawah jenama Wellbest

-

MIRI: Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) disaran lebih agresif dalam mempromosi­kan produk di bawah jenama Wellbest agar lebih dikenali ramai dan mampu bersaing dengan produk lain.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata usahawan perlu memperluas­kan pasaran produk mereka tanpa bergantung kepada karnival sahaja.

“Gunakan kuasa media sosial untuk mempromosi­kan produk anda agar lebih dikenali, pada masa sama orang ramai yang membeli produk UMK ini sebenarnya membantu usahawan ini keluar daripada garis kemiskinan,” katanya semasa merasmikan Karnival Wellbest 2018 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak di Miri semalam.

Untuk rekod katanya, jumlah keseluruha­n Geran Pelancaran dari 2009 hingga Ogos 2018 untuk seluruh Sarawak adalah sebanyak 2,730 kes.

“Semua UMK yang telah diluluskan Geran Pelancaran akan diberi bimbingan selama dua tahun oleh pegawai pembimbing yang telah diberi latihan kompetensi.

“Selepas tempoh tersebut, penilaian akan dibuat untuk tujuan pelepasan sama ada berjaya ( pendapatan RM1,000 dan ke atas), masih berpotensi ( pendapatan RM850- RM999), pendapatan statik ( pendapatan RM450-RM849) atau gagal (pendapatan kurang daripada RM450, sakit atau meninggal dunia),” ujarnya.

Fatimah juga berbangga apabila bilangan UMK berdikari semakin meningkat setiap tahun dengan seramai 343 orang memperoleh­i pendapatan RM1,000 ke atas sepanjang tempoh 2013 hingga Ogos 2018.

Bagi merancakka­n lagi promosi jenama Wellbest, seramai 48 orang UMK telah terlibat dalam 40 aktiviti jualan yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi luar dengan jumlah keseluruha­n pendapatan sebanyak RM383,528.

Bahkan Wellbest Hotspot yang pertama juga telah dibuka di Aras 2 Majma Mall, Kuching dengan memberi ruang dan peluang kepada UMK untuk berniaga.

Antara perkhidmat­an yang disediakan ialah spa muslimah, perkhidmat­an urut dan gunting rambut untuk lelaki, mini café, jualan kraf dan makanan kering serta perkhidmat­an jahitan.

“Kita juga bercadang untuk menubuhkan Hotspot yang serupa di setiap bahagian di seluruh negeri untuk membantu meningkatk­an pendapatan UMK,” ujarnya.

Dalam pada itu, seramai 150 UMK dari seluruh Sarawak telah turut serta dalam karnival kali ini dengan menyasarka­n jumlah jualan sebanyak RM600,000.

Mereka menjalanka­n pelbagai jenis projek seperti menjual makanan dan minuman, pemprosesa­n makanan kering, kek dan biskut, perkhidmat­an spa, andaman, gunting rambut, projek jahitan, kraf tangan, projek berasaskan pertanian dan lain-lain.

“Dengan mempergiat­kan program seperti ini diharap dapat memperluas­kan lagi pasaran produ sekali gus membantu para UMK mencapai pendapatan melebihi RM1,000 sebulan,” jelasnya.

Turut hadir Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Rosey Yunus, Pemangku Pengarah JKM Joni Nuruddin, Pengerusi Koperasi Mikro Kebajikan Bersatu Berhad Abang Shamshudin Abang Seruji, Pengarah Pengurusan Amaida Resources Sdn Bhd Abang Shahrudin Abang Mansor dan Pengurus Kompleks Permymall Miri Kelvin Liew.

 ??  ?? WELLBEST: Fatimah (lima kanan) bersama Rosey serta tetamu lain menunjukka­n tanda bagus dengan kejayaan UMK yang mencecah pendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
WELLBEST: Fatimah (lima kanan) bersama Rosey serta tetamu lain menunjukka­n tanda bagus dengan kejayaan UMK yang mencecah pendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia