Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan, sumbangan aktif MIA bantu bangun bandar raya Miri

-

MIRI: Peranan dan sumbangan secara aktif Persatuan India Miri (MIA) amat membantu dalam pembanguna­n bandar raya Miri, selain bersatu bersama komuniti lain dalam memperkuku­hkan pemahaman antara satu sama lain.

Malah, Penaungnya Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan memberi jaminan bahawa MIA akan terus memainkan peranannya dalam membantu membangunk­an Miri bersama komuniti kecilnya di sini.

“Saya melihat MIA sendiri telah membangun sejak kebelakang­an ini dan amat gembira melihat bahawa kaum India di sini sangat aktif dan bersama komuniti lain membangunk­an kemajuan Miri.

“Bahkan, usaha mereka (MIA) untuk memastikan kesemua komuniti yang ada tidak kira bangsa dan agama terlibat sama dalam aktiviti mereka sememangny­a dipuji,” katanya.

Dr Chan berkata demikian ketika berucap pada Malam Deepavali 2018, anjuran MIA di Marriot Resort & Spa di sini, Sabtu lalu.

Hadir sama ialah isteri Dr Chan yang juga Penaung Moving Communitie­s Datuk Wira Lorna Enan Muloon, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii, Presiden MIA Kaunselor Karambir Singh, Presiden Sarawak Indian Society Strimari Rajamanika­m, pengerusi penganjur Bharathi Anand serta tetamu kehormat lain.

Jelas Dr Chan, beliau memahami usaha keras MIA dalam mencari dana serta berusaha menyiapkan bangunan MIA dan berharap persatuan terus berjaya dalam mengumpul dana bagi merealisas­ikan usaha terbabit.

“Diharapkan masyarakat setempat di sini terus memberi sokongan kepada projek berkenaan,” ujarnya.

Mengenai majlis berkenaan, jelas Dr Chan konsep unik meraikan pelbagai perayaan di sini membantu rakyatnya mempunyai pemahaman yang lebih baik antara satu sama lain, selain dalam proses menjadikan kita rakyat prihatin.

“Sambutan Deepavali menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan iaitu simbolik cahaya. Kita amat bernasib baik kerana masih berpeluang bertemu untuk meraikan perayaan dengan suasana aman damai,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan, Dr Chan turut menyumbang RM10,000 kepada MIA, RM5,000 daripada Lorna, RM5,000 (Sarawak Indian Society) dan RM3,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau.

Terdahulu, Karambir berkata pihaknya masih memerlukan kira- kira RM1 juta untuk menyiapkan bangunan persatuan yang kini telah dilaksanak­an pada fasa pertama.

“Kita masih memerlukan dana untuk menyiapkan bangunan berkenaan dan berharap terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak,” tambahnya.

Majlis berkenaan diserikan dengan pelbagai persembaha­n kebudayaan tarian India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia