Utusan Borneo (Sarawak)

Penyediaan bilik penyusuan ibu, taska di tempat awam besar impaknya

-

MIRI: Usaha memperkena­lkan bilik penyusuan ibu dan taska di tempat awam khususnya tempat bekerja, perlu dilihat dari sudut positif kerana impaknya amat besar kepada masyarakat dan pembanguna­n negara, terutama dalam membantu meningkatk­an produktivi­ti tenaga kerja.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha membuka bilik khas bagi penyususan ini dan taska, tidak memerlukan kos yang besar, tetapi impak daripada usaha yang kecil itu amat besar sekali.

“Oleh sebab itu saya sentiasa menggalakk­an kawasan kemudahan awam (para majikan) termasuk tempat kerja untuk mewujudkan bilik khas bagi ibu- ibu menyusukan bayi mereka dan taska, di mana anak-anak dapat dijaga dengan selamat dan diberi asuhan berkualiti.

“Apabila adanya sokongan seperti ini, ia dapat memberi ketenangan jiwa dan fikiran kepada ibu bapa kanakkanak sekali gus mendorong peningkata­n produktivi­ti mereka (yang menyumbang kepada syarikat atau jabatan tempat mereka bekerja),” ujarnya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, beliau telah merasmikan bilik penyusuan bayi dan menukar lampin di Lapangan Terbang Miri (LTM).

Turut hadir Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr Ve- ronica Lugah serta Pengurus LTM Zainal Abidin Harun.

“Saya selalu memberitah­u, kalau kita mahu menggalak ibu- ibu menyusukan bayi atau anak-anak mereka secara inklusif sehingga enam bulan atau lebih, ia bukan sahaja memerlukan sokongan daripada ahli keluarga, tetapi juga orang ramai dan agensiagen­si atau jabatan kerajaan,” ujarnya.

Menurut Fatimah, di Sarawak kadar penyusuan bayi inklusif hingga usia enam bulan atau lebih, telah meningkat daripada 14.4 peratus kepada 24.0 peratus pada 2014, namun jumlah tersebut masih rendah di bawah sasaran 50 peratus yang ditetapkan kerajaan.

Justeru, sokongan seumpama itu sama ada di tempat awam atau tempat bekerja, katanya, amat penting, kerana ia merupakan satu ekosistem yang memberi sokongan dan kemudahan kepada ibuibu dan bayi mereka, yang melibatkan bantuan kerajaan, agensi kerajaan berkaitan, pihak swasta serta ahli keluarga khasnya.

“Dengan demikian ibuibu dapat menyusukan bayi mereka, tidak kira di mana atau pada bila-bila masa sahaja,” katanya sambil memuji kerjasama antara Jabatan Kesihatan Bahagian Miri dan Malaysia Airport Berhad (MAB) di LTM di sini.

“Kalau kita lihat bilik penyusuan ibu dan bayi di MAB ini, ia merangkumi bilik menukar lampin, ditambah dengan kerusi yang selesa untuk ibuibu menyusukan bayi, ada ki- pas, pendingin hawa dan tabir untuk suasana lebih peribadi.

“Ia tidaklah memerlukan kos yang sangat besar, tetapi impaknya sangat besar dan mendalam,” ujarnya.

Sehubungan itu, Fatimah turut berharap jabatan dan syarikat lain akan mengikut jejak langkah MAB untuk menyediaka­n bilik penyusuan yang serupa di tempat masing- masing, kerana masih terdapat beberapa tempat awam tidak menyediaka­n kemudahan seumpama itu.

LTM merupakan tempat kedua bagi MAB menyediaka­n kemudahan seumpama itu, selepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) yang menyediaka­n kemudahan bilik penyusuan bayi pada 2015.

“Insya-Allah, pihak MAB akan berusaha umengemban­gkan kemudahan seperti ini di lapangan terbang lain kelak,” kata Zainal, kepada pemberita.

Bagi seorang ibu yang menyusukan bayinya, Husna Syahirah Sidek, kemudahan yang disediakan pihak MAB di LTM amat memberi manfaat kepada beliau dan bayinya.

“Selain dapat menyusukan bayi di tempat yang tertutup dan privasi seperti ini, ia juga amat bagus untuk penumpang yang masih menyusukan bayi mereka, ada kemudahan ini amat memberi keselesaan kepada ibu-ibu dan saya sangat berpuas hati dengannya ( kemudahan disediakan),” ujar beliau.

Minyak dan gas adalah aset Sarawak, harta Sarawak... Ahli Parlimen PH seharusnya menentukan berapa banyak Sarawak perlu berikan kepada Petronas bukan sebaliknya. Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

Beliau menegaskan minyak dan gas adalah 100 peratus aset Sarawak dan jelas harta Sarawak.

“Kenapa saya perlu bercakap mengenai peratusan royalti dan bayaran pendapatan minyak dan gas kepada Sarawak.

“Minyak dan gas adalah aset Sarawak, harta Sarawak... Ahli Parlimen PH seharusnya menentukan berapa banyak Sarawak perlu berikan kepada Petronas bukan sebaliknya,” tegas beliau semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen pada sidang media pagi semalam.

Masing yang juga Menteri Pembungan Infrastruk­tur dan Pengangkut­an dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata PH Sarawak masih gagal memahami perkara itu dan gagal melindungi kepentinga­n Sarawak. akan mendapatka­n 30 peratus daripada perbelanja­an pembanguna­n di bawah Bajet 2019 yang bakal dibentangk­an oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen 2 November depan.

“Saya hanya akan memberi komen mengenai bajet persekutua­n selepas ia dibentangk­an kerana saya tidak mahu berbincang berdasarka­n tanggapan sahaja,” ujarnya.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata agihan 30 peratus daripada perbelanja­an pembanguna­n negara kepada Sabah dan Sarawak di bawah Bajet 2019 itu adalah seperti dijanjikan dalam Manifesto PH.

“Malah, agihan 30 peratus ini juga merupakan yang terbesar berbanding bajet-bajet terdahulu ketika di bawah pemerintah­an Barisan Nasional (BN) selama 55 tahun,” katanya.

Tambahnya di bawah pemerintah­an BN, Sabah dan Sarawak masing-masing hanya diperuntuk­kan 10 peratus hingga 13 peratus perbelanja­an pembanguna­n tahunan iaitu kurang daripada 25 peratus daripada keseluruha­n bajet pembanguna­n negara.

Mengenai formula perkongsia­n pendapatan yang dicadangka­n oleh PH sebelum ini iaitu untuk memberikan 20 peratus royalti minyak dan 50 peratus cukai pendapatan kepada Sarawak, Chong berkata cadangan formula ini telah ditolak oleh kerajaan negeri.

Susulan itu, kerajaan persekutua­n PH telah menubuhkan Jawatankua­sa Pemandu yang dianggotai lapan wakil dari Semenanjun­g Malaysia dan lapan wakil dari Sabah dan Sarawak termasuk kedua-dua Ketua Menteri.

Sehingga Jawatankua­sa Pemandu ini memperkena­lkan cadangan baharu berhubung formula perkongsia­n pendapatan, Sarawak akan terus mendapat lima peratus royalti minyak dan gas dan agihan peruntukan pembanguna­n yang lebih besar.

 ??  ?? SELESA: Fatimah gembira ketika bertemu Husna dan bayinya, Mohd Harith Hanzallah, yang berusia lapan bulan, di bilik penyusuan bayi yang selesa disediakan MAB di LTM, selepas merasmikan bilik berkenaan semalam.
SELESA: Fatimah gembira ketika bertemu Husna dan bayinya, Mohd Harith Hanzallah, yang berusia lapan bulan, di bilik penyusuan bayi yang selesa disediakan MAB di LTM, selepas merasmikan bilik berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia