Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka yang memberi kepada golongan memerlukan akan dihargai: Fatimah

-

KUCHING: Mereka yang memberi kepada golongan yang memerlukan akan dihargai kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Soo Li Ching berkata demikian ketika membacakan teks Fatimah pada Majlis Perasmian BB Love Box 2018 Peringkat Negeri Sarawak kelmarin.

“Perkara ini nampak mudah tetapi percayalah mereka yang menerima akan menghargai pemberian anda.

“Dengan tindakan anda, secara tidak langsung anda memisahkan jurang dan meringanka­n beban kerajaan dalam membantu keluarga yang memerlukan keperluan asas seperti beras, tuala, makanan, alat tulis dan beg sekolah,” katanya.

Beliau turut memuji kesungguha­n Boy’s Brigade kerana mengambil tugas yang mencabar menjaga masyarakat, memberi kasih sayang kepada masyarakat, yang merupakan dua perkara yang begitu dekat di hatinya.

Boy’s Brigade telah memainkan peranan aktif mereka dalam komuniti sejak penubuhann­ya 135 tahun yang lalu di Scotland serta kali pertama BB Love Box dilaksanak­an serentak di wilayah selatan, tengah dan utara Sarawak.

Fatimah turut percaya ahliahli Boy’s Brigade sedang dipersiapk­an untuk menjadi pemimpin masa depan untuk negeri ini.

Sementara itu, Kapten Kehormat Boy’s Brigade Sarawak Hii King Ong berkata BB Love Box merupakan projek komuniti hasil idea pemimpin yang berjiwa rakyat dan pengasih iaitu Pengasas Boy’s Brigade Sir William Alexander Smith yang juga merupakan hari ulang tahun kelahirann­ya.

Pihaknya menyasarka­n untuk mencapai sekitar 15,000 hadiah untuk mereka yang berkeperlu­an menjelang November dan Disember menerusi program tersebut.

Sejak enam tahun yang lalu, BB Love Box berjaya memberi keceriaan kepada 27,000 mereka yang berkeperlu­an sebagai hadiah Krismas.

Mereka yang berkeperlu­an terdapat di Kuching, Sibu, Sri Aman, Betong, Saratok, Julau, Sarikei, Miri, Bintulu, Lawas dan Limbang.

“Kita berharap orang ramai daripada pelbagai latar belakang akan memberi dalam semangat memberi kepada mereka yang memerlukan dan menerusiny­a akan memberi kegembiraa­n kepada keduadua belah pihak,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Kapten Boy’s Brigade BB Love Box Sarawak Sim Tze Sian mengucapka­n penghargaa­n kepada pihak pengurusan Plaza Merdeka yang membenarka­n sebuah ruang kaunter pengumpula­n hadiah ditempatka­n di premisnya di sini.

Begitu juga dengan Tea FM yang telah menjadi rakan kongsi selama empat tahun sebagai radio rasmi dan penyampai radio Addy, Joyce dan TP telah dilantik sebagai duta BB Love Box.

Bermula dengan Plaza Merdeka, pihaknya turut menempatka­n kaunter pengumpula­n di Vivacity Megamall, Crown Square, Farely Supermarke­t Sibu, Bintang Megamall Miri, Parkcity Shopping Mall, Time Square Bintulu dan Limbang Plaza.

Turut hadir Pengarah Program Tea FM Amelyn Bong, Pengurus Pemasaran (Acara dan Komunikasi) Plaza Merdeka Leovell Sam Avenido, Pesuruhjay­a Boy’s Brigade Sarawak Kapten Lo Hoi Fook dan Pastor Sentosa Methodist Church Darren Mok.

 ??  ?? RASMI: Soo (tengah) diapit bersama kenamaan Boy’s Brigade dan jemputan lainnya melakukan upacara memotong reben perasmian BB Love Box 2018 di Kuching.
RASMI: Soo (tengah) diapit bersama kenamaan Boy’s Brigade dan jemputan lainnya melakukan upacara memotong reben perasmian BB Love Box 2018 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia