Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat masih boleh kaji usul 90 hari cuti bersalin untuk kakitangan

-

MIRI: Syarikat swasta yang enggan mengguna pakai usul 90 hari cuti bersalin untuk kakitangan wanita mereka, perlu memikirkan semula tindakan tersebut dan mencari penyelesai­an yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usul tersebut masih boleh dikaji oleh pihak syarikat dan beliau yakin ada penyelesai­an ke arah usaha itu yang menguntung­kan dan bukannya berniat membebanka­n mana-mana pihak.

“Situasi ini masih dapat diperbaiki dan pihak syarikat perlu melihat kepada satu penyelesai­an yang memberi manfaat kepada keduadua belah pihak, ‘win-win situation’, kerana Kerajaan Sarawak ketika ini juga sudah mengenakan cuti 90 hari kepada ibu baharu bersalin,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian kepada pemberita di sini semalam, ketika diminta mengulas mengenai keengganan kebanyakan syarikat swasta memberi cuti bersalin sehingga 90 hari kepada kakitangan wanita kerana ada yang beranggapa­n ia membebanka­n dan merugikan mereka.

Malah pada minggu lepas, Setiausaha Agung Perseku- tuan Perniagaan Sarawak Jonathan Chai berkata usul menambah cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari untuk sektor korporat akan membebanka­n pihak majikan.

“Ia akan menjadi sangat membebanka­n memandangk­an ekonomi ketika ini semakin merosot dan begitu peningkata­n kos menjalanka­n perniagaan di negara ini.

“Dasar baharu ini boleh dialu- alukan oleh pekerja wanita tetapi ia sesuatu yang tidak akan menjadi baik untuk sektor perniagaan kerana kerajaan baharu sahaja hendak mengkaji kadar gaji minimum baru-baru ini,” katanya dalam satu laporan berita yang disiarkan The Borneo Post pada Selasa lalu.

Beliau takut langkah untuk menjadikan sektor korporat wajib mengikuti sektor awam dalam memberi cuti bersalin 90 hari akan terus mengurangk­an usaha men- ingkatkan produktivi­ti perniagaan mereka.

Beliau berkata ia mungkin juga akan mengurangk­an tahap daya saing dalam kalangan peniaga Malaysia berbanding rakan sejawat mereka di rantau ini.

“Kami tidak mempunyai masalah untuk menerima apa-apa cadangan atau dasar yang bertujuan meningkatk­an kebajikan pekerja kami tetapi masa adalah faktor penting untuk dipertimba­ngkan.

“Setakat ini, saya tidak tahu mana- mana syarikat yang menawarkan pekerja lelaki untuk mengambil cuti sementara isteri mereka mempunyai cuti bersalin,” tambahnya dalam temu bual khas bersama Thr Borneo Post itu.

Cadangan untuk mengkaji semula cuti bersalin bagi sektor korporat telah dibuat semasa Kajian Separuh Jangka Rancangan Malaysia Ke-11 2016-2020, minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia