Utusan Borneo (Sarawak)

Saudara baharu digalak berdikari tingkat ekonomi, gaya hidup

-

MIRI: Saudara baharu (mualaf) digalak menggunaka­n segala peluang yang disediakan kerajaan untuk memulakan perniagaan sendiri agar dapat berdiri atas kaki sendiri bagi menyara keluarga, di samping meningkatk­an pengetahua­n agama dan mengamalka­n cara hidup Islam.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, di bawah kementeria­nnya Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediaka­n pelbagai kursus seperti membuat pastri, menjahit, spa dan urutan untuk membantu golongan mualaf memulakan hidup baharu di samping meningkatk­an ekonomi.

“Jika ekonomi golongan mualaf ini stabil, mereka dapat memulakan kehidupan baharu sama seperti orang lain kerana mereka dilengkapi dengan kemahiran untuk memulakan perniagaan dan meningkatk­an pendapatan masing-masing.

“Bukan mudah sebenarnya untuk saudara baharu memulakan kehidupan baharu sendirian, oleh itu badan keagamaan perlu terus membimbing dan membantu mereka ini untuk menjalani cara hidup Islam dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguha­n Kursus Pemantapan Sahsiah Islam di Wisma Amal, di sini semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Temenggung Abdul Rahman Fadzail dan Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Yusof.

Sementara itu, Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu memuji usaha yang dibuat Badan Kebajikan Islam Miri (BKIM) dalam menganjurk­an program ini bagi meningkatk­an pengetahua­n ajaran Islam pada golongan mualaf.

“BKIM boleh bekerjasam­a dengan Jabatan Agama Islam Sarawak ( JAIS), Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS), HIKMAH dan pelbagai jabatan kerajaan untuk membantu dari segi perancanga­n program, kursus, atau bantuan kepada saudara baharu,” katanya.

Seramai 54 golongan mualaf turut serta dalam kursus sehari tersebut yang diisi pelbagai pengisian tentang ajaran agama Islam.

Pada majlis yang sama, Rosey turut mengumumka­n kelulusan peruntukan RM5,000 di bawah projek kecil luar bandar (MRP) kepada BKIM untuk melaksanak­an aktiviti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia