Utusan Borneo (Sarawak)

Sokongan berterusan pengasuh jamin kualiti pendidikan awal kanak-kanak

-

MIRI: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak memerlukan sokongan berterusan daripada persatuan pengasuh kanak-kanak dalam usaha memastikan kualiti pendidikan awal kanakkanak.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas kepada pembanguna­n modal insan.

“Kerajaan Sarawak di peringkat kementeria­n terbabit memandang serius terhadap pembanguna­n pendidikan awal kanak-kanak.

“Malah kita amat gembira melihat persatuan pengasuh yang berdaftar di negeri ini memberi maklum balas yang positif kepada kempen kementeria­n yang memberi penekanan terhadap kualiti pendidikan awal kanak-kanak tersebut,” jelasnya.

Rosey berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-10 Persatuan Pengasuh Kanak-Kanak Berdaftar Miri di sebuah hotel di sini, kelmarin (Sabtu).

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu turut menggesa mana-mana pengusaha pengasuh yang belum mendaftar agar membuat pendaftara­n segera bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Dengan berbuat demikian jelasnya, pengusaha terbabit dapat memberi jaminan dan memastikan mereka menyediaka­n pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada ibu bapa yang mencari tempat asuhan untuk anakanak mereka.

Justeru, dalam usaha untuk meningkatk­an kualiti pendidikan awal terbabit, kementeria­n terbabit melaksanak­an pelbagai program termasuk randau pengasuh yang diadakan dua tahun sekali bersama pengasuh dan tenaga pengajar prasekolah dengan tema yang berbeza.

Rosey turut mahu para pengasuh berkenaan melihat peranan mereka sebagai pengasuh adalah amat penting kepada pendidikan asas dalam sistem pendidikan.

“Anda ( pengasuh) telah membina asas yang kukuh untuk sistem pendidikan secara menyeluruh. Berbanggal­ah pada diri anda kerana andalah yang membantu mencorak pembanguna­n modal insan.

“Kita akui ia bukanlah tugas yang mudah untuk mengasuh atau mendidik anak-anak kita tetapi memerlukan semangat serta minat mendalam terhadap bidang ini.

“Tanpa minat serta dedikasi yang betul, maka terjadilah perkara yang menjurus kepada penderaan kanakkanak,” tambahnya.

Turut hadir Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia Norsheila Abdullah, Presiden Persatuan Pengasuh Kanak-Kanak Berdaftar Miri Angela Goh serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: (lima kiri) Rosey, Angela, Norsheila bersama wakil-wakil persatuan pengasuh dari Bintulu, Sabah dan Johor merakam kenangan pada majlis berkenaan kelmarin.
UNTUK ALBUM: (lima kiri) Rosey, Angela, Norsheila bersama wakil-wakil persatuan pengasuh dari Bintulu, Sabah dan Johor merakam kenangan pada majlis berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia