Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar antara cara terbaik mantapkan mutu kerja

-

MIRI: Penganjura­n seminar atau bengkel yang berterusan antara cara terbaik memantapka­n perkhidmat­an dan mutu kerja kakitangan termasuk golongan profesiona­l.

Perkara itu dijelaskan Kaunselor Ernest Goh ketika merasmikan penutupan Seminar Keselamata­n Tingkah Laku anjuran Pertubuhan Pengamal Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Miri (MOSHPS) petang semalam.

“Mereka harus menjalani latihan berterusan agar dapat bergerak ke hadapan seiring dengan perkembang­an semasa,” jelasnya.

Beliau hadir mewakili Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Ernest yang juga pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pembanguna­n Pelanconga­n Majlis Bandaraya Miri (MBM) berkata, penyertaan dalam seminar dapat mendedahka­n kakitangan tentang perkembang­an terkini industri.

Mereka berpeluang berbincang dengan pakar dan menemui kakitangan lebih berpengala­man daripada mereka.

“Penceramah dan mereka yang senior tidak lokek untuk berkongsi ilmu agar kita dapat bergerak sebagai satu kumpulan, “tambahnya.

Seminar dua hari itu diyakini dapat memberi ilmu baharu kepada peserta daripada sesi perkongsia­n idea dan pengalaman bersama pakar.

Ernest berharap MOSHPS akan mengendali­kan lebih banyak seminar dan bengkel kepada syarikat dan industry dalam usaha memperluas­kan pemahaman kepentinga­n aspek keselamata­n dalam kerja dan kehidupan seharian.

“Tanpa kerjasama seperti ini, pasti seminar seperti ini akan kurang dianjurkan. Penganjura­n aktiviti ini cara kita untuk bergerak bersama dan mahu berkongsi pengalaman,” tambahnya.

Beliau gembira aktiviti mendapat sambutan menggalakk­an dengan penyertaan seramai 65 peserta dari dalam dan luar Miri.

Hadir sama menyampaik­an sijil kepada peserta ialah Pengerusi MOSHPS Dr Julian Jolly yang juga antara penceramah untuk seminar berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia