Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Kenyah kini amat mementingk­an pendidikan berkualiti

-

KUCHING: Masyarakat Kenyah kini amat mementingk­an pendidikan berkualiti untuk anak mereka.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon ia dapat dilihat menerusi peningkata­n jumlah pelajar Kenyah yang mendapat insentif serta anugerah cemerlang saban tahun.

“Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PPKS) Cawangan Kuching bersama Peng Leto Kenyah Sarawak (PLKS) Cawangan Kuching sentiasa berusaha memberi insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang anak-anak Kenyah setiap tahun.

“Pemberian insentif dan anugerah cemerlang tersebut secara langsung memberi galakan dan motivasi kepada para pelajar agar sentiasa mempunyai semangat kental, yakin diri dan berusaha mengejar cita- cita mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Insentif Pelajar 2018 yang diadakan di sini kelmarin.

Pada masa yang sama visi dan misi persatuan tersebut adalah untuk menjadikan PKKS sebagai sebuah persatuan yang terbilang menjelang tahun 2030.

Beliau tegasnya, percaya menerusi budaya permuafaka­tan dengan pemikiran kelas pertama, bekerjasam­a dengan kerajaan dan persatuan-persatuan etnik Orang Ulu lain di bawah naungan FORUM, berupaya menjadikan masyarakat Kenyah bersatu padu.

Kata Kenndy, majlis penyampaia­n insentif dan anugerah pelajar cemerlang merupakan sebuah majlis khas untuk meraikan pelajarpel­ajar yang telah membuktika­n kecemerlan­gan mereka dalam bidang akademik.

Beliau percaya PPKS Ca- wangan Kuching di bawah kepimpinan Pengerusin­ya Lukas Kallang akan meneruskan legasi pemberian insentif pelajar cemerlang berkenaan pada tahun-tahun mendatang.

“Acara pemberian insentif pelajar cemerlang ini telah dimulakan pada 2006 sejak PPKS didaftarka­n,” ujarnya.

Terdahulu, Kennedy mengumumka­n peruntukan daripada dana projek kecil luar bandar ( MRP) sebanyak RM10,000 kepada PPKS Cawangan Kuching bagi tahun 2018 manakala RM10,000 untuk PLKS Cawangan Kuching tahun depan.

Sementara itu, Pengerusi PLKS Cawangan Kuching Catherina Tipong Usang berkata, sembilan anak ahli persatuan itu telah menerima insentif dan anugerah cemerlang daripada pihak persatuan.

Daripada sembilan pelajar tersebut, lima merupakan bekas pelajar SPM 2017 dan empat pelajar daripada PT3 2017.

“Kita mengadakan majlis penyampaia­n insentif dan anugerah ini secara tahunan sejak 2007.

“Selain daripada pengiktira­fan kepada anak-anak persatuan yang cemerlang dalam akademik, persatuan juga mengadakan hari keluarga, kelas ngajat serta jamuan tahun baharu dan Krismas.

“Aktiviti lain yang persatuan rancang untuk diadakan adalah kelas ayaman, kelas membuat kek dan kelas dandan,” katanya.

Bagaimanap­un, PLKS Cawangan Kuching berhasrat menubuhkan satu kumpulan kebudayaan yang lengkap dengan pakaian tradisiona­l Orang Ulu, agar pihaknya berupaya membuat persembaha­n tarian Orang Ulu pada bila-bila masa diperlukan.

 ??  ?? KENANGAN: Kennedy (lima kiri, belakang) bersama jemputan lain dan penerima insentif pelajar 2018 yang diadakan di Kuching kelmarin.
KENANGAN: Kennedy (lima kiri, belakang) bersama jemputan lain dan penerima insentif pelajar 2018 yang diadakan di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia