Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian membanggak­an dalam ekonomi wanita itu turut disumbang inisiatif Kerajaan Sarawak amnya

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai adalah antara kawasan di Sarawak yang melahirkan ramai usahawan wanita berjaya, dengan ada yang sudah bertaraf jutawan.

Menteri Muda Utiliti ( Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata pencapaian membanggak­an dalam ekonomi wanita itu turut disumbang inisiatif Kerajaan Sarawak amnya.

Menurut beliau, kerajaan komited sentiasa menyediaka­n peluang kepada wanita agar dapat memajukan diri dalam apa jua bidang seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Dengan penglibata­n dalam PKS misalnya, ia telah dapat mengubah sosioekono­mi wanita ke tahap yang lebih baik dan ini secara tidak langsung membantu keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Perasmian Karnival Wanita Pantai Damai sempena Hari Wanita Sedunia di MYADIN Bandar Baharu Samariang, semalam.

Turut hadir isterinya, Datin Shorgayah Ahmad Zaiden, Ketua Wanita PBB Pantai Damai Jamaiyah Sulaiman serta Pengurus MYADIN Bandar Baharu Samariang Sutaghani Ahmad Zaidol.

Justeru, Dr Rahman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai yakin Karnival Wanita Pantai Damai akan turut menyumbang dalam membangunk­an wanita di kawasannya.

“Saya percaya program seperti ini dapat menonjol- kan peranan wanita kepada pembanguna­n masyarakat dan oleh sebab itu, semua suami harus memberi sokongan kepada isteri masing- masing supaya mereka lebih bersemanga­t bergiat dalam bidang yang diceburi,” ujarnya.

Beliau juga menambah bahawa usaha wanita dalam mengubah kehidupan ke taraf yang lebih baik harus dijadikan sebagai motivasi dan dorongan oleh generasi muda amnya, supaya turut bersemanga­t tinggi untuk memperbaik­i kehidupan dengan berusaha bersungguh-sungguh.

Karnival Wanita Pantai Damai anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan Pantai Damai menyaksika­n pelbagai acara diadakan termasuk pertanding­an pakaian tradisi Sarawak, pertanding­an memasak dan sebagainya.

Dengan penglibata­n dalam PKS misalnya, ia telah dapat mengubah sosioekono­mi wanita ke tahap yang lebih baik dan ini secara tidak langsung membantu keluarga mereka. Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik)

 ??  ?? TERTARIK: Dr Rahman dan isteri melihat pertanding­an memasak sempena Karnival Wanita Pantai Damai anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan Pantai Damai di MYDIN Bandar Baharu Samariang, semalam.
TERTARIK: Dr Rahman dan isteri melihat pertanding­an memasak sempena Karnival Wanita Pantai Damai anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan Pantai Damai di MYDIN Bandar Baharu Samariang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia