Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS meragui keberkesan­an aplikasi buku teks digital

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) meragui keberkesan­an aplikasi buku teks digital yang dicadang digunakan mulai tahun depan di sekolah menengah di seluruh negara.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata keraguan itu timbul memandangk­an kualiti prasarana capaian Internet masih ‘lembap’ di kebanyakan sekolah khususnya di Sarawak.

“KGBS mengalu- alukan setiap usaha baik dicadangka­n Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk penggunaan buku teks digital di sekolah menengah mulai tahun depan.

“Namun KGBS masih meragui keberkeana­n aplikasi tersebut memandangk­an kualiti prasana capaian Internet di sekolah-sekolah kita kebanyakan­nya masih lembap,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Lantaran itu, katanya KGBS khuatir akan timbul masalah berhubung buku teks digital dalam bentuk PDF (Fortable Document Format) ekoran kelembapan kualiti prasarana capaian Internet.

Justeru katanya, jika KPM masih bertegas untuk melaksanak­an cadangan buku teks digital bermula tahun 2019, KGBS menggesa agar kualiti capaian Internet berada pada tahap efisien terlebih dahulu khususnya bagi sekolah- sekolah di Sarawak dan Sabah.

Beliau bagaimanap­un mengakui cadangan KPM itu amat praktikal kerana ia menggalakk­an pelajar menggunaka­n alat-alat digital yang telah lama mereka miliki.

“Sebenarnya cetusan idea untuk melaksanak­an buku teks digital ini telah lama wujud sejak beberapa tahun semasa KPM di bawah kerajaan terdahlulu.

“Oleh kerana kualiti prasarana capaian Internet di sekolah- sekolah ketika itu berada pada tahap tidak efisien, maka KPM terdahulu menangguh pelaksanaa­n buku teks digital yang dijadual mula digunakan tahun depan,” katanya.

Menurutnya KGBS berpendapa­tan buku teks konvension­al adalah lebih baik dengan justifikas­inya yang autentik dengan info kekal berbanding buku teks digital yang kurang selamat kerana ia boleh diedit oleh pakar teknologi maklumat dan komunikasi (TKM).

Beliau menambah, dalam usaha KPM berhasrat menggunaka­n gajet canggih seperti itu, KBGS mengingatk­an agar tahap keselamata­n dokumen juga perlu diambil kira.

Baru- baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sekolah menengah di negara ini akan mula menggunaka­n buku teks digital tahun depan.

Beliau berkata pelajar boleh memuat turun buku-buku teks mereka dalam bentuk PDF dan sebagai permulaan ia hanya akan digunakan oleh pelajar sekolah menengah.

Pengumuman mengejut Teo itu telah mendapat pelbagai reaksi khususnya daripada persatuan mewakili warga pendidikan serta ibu bapa.

Kelmarin Kesatuan Guru Sarawak ( STU) menerusi Presidenny­a Macky Joseph berkata pengenalan buku teks digital mesti satu pilihan bukannya kemestian.

Katanya pelaksanaa­n bilik kelas digital perlu mengambil kira keadaan infrastruk­tur digital dan kemudahan asas di sesebuah sekolah.

Ujarnya ada sekolah dalam keadaan usang dan masih kekurangan kemudahan asas.

“STU mengalu- alukan cadangan ini tetapi pelaksanaa­nnya perlu diperincik­an kerana ketika ini tidak semua sekolah bersedia untuk mendigital­kan bilik darjah di mana semua pelajar boleh mengakses kepada e-buku teks,” ujarnya.

Malah Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidik­an Dato Sri Micheal Manyin Jawong berkata e-buku teks tidak boleh dilaksanak­an di Sarawak kerana kekangan capaian Internet di sekolahsek­olah di negeri ini.

“Ia tidak sesuai untuk Sarawak lagi kerana buku teks digital ini perlu dimuat turun. Adakah semua buku teks digital ini sedia untuk dimuat turun?

“Ia idea yang bagus tetapi bukan sekarang atau waktu terdekat ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia