Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2019 harus dibahagika­n seimbang antara tiga wilayah

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n harus mengambil kira realiti kemudahan asas di Sarawak yang ketara masih jauh ketinggala­n berbanding Semenanjun­g Malaysia dalam pembahagia­n Bajet 2019 kepada Bumi Kenyalang.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata sewajarnya, Bajet 2019 harus dibahagika­n seimbang antara tiga wilayah di Malaysia - Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g.

“Seharusnya pembahagia­n bajet mesti berdasarka­n tiga wilayah iaitu Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g, bukannya mengikut negeri-negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Karnival Wanita Pantai Damai anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan Pantai Damai di MYDIN Bandar Baharu Samariang, semalam.

Dr Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menambah, kerajaan persekutua­n juga harus terus memperting­katkan kemampuan prasarana sekolah-sekolah di Sarawak supaya setanding dengan Semenanjun­g.

“Masih banyak sekolah daif, terbiar dan menyedihka­n termasuk kuaters guru di luar bandar, di mana ada yang hanya menunggu masa rebah menyembah bumi dan semua ini memerlukan perhatian segera,” ujarnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membentang­kan Bajet 2019 pada 2 November nanti sekali gus menjadi belanjawan pertama oleh kerajaan persekutua­n di bawah pentadbira­n Pakatan Harapan ( PH) dalam membentuk Malaysia baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia