Utusan Borneo (Sarawak)

Calon kru kabin AirAsia dekati komuniti Iban

-

BINTULU: Syarikat penerbanga­n AirAsia Berhad (AirAsia) mengadakan sesi pengambila­n kru kabin melibatkan anak tempatan yang menyaksika­n calon mengambil bahagian dalam aktiviti tradisiona­l Iban buat julung kalinya semalam.

Berlangsun­g di Rumah Jangu, Ladong Tahir di sini, calon yang memohon jawatan kru kabin mendekati komuniti Iban dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti masyarakat tersebut.

Antaranya termasuk membuat tali leher manik, menjahit jala, menenun tikar rotan, bakul dan topi serta memainkan alat muzik tradisiona­l untuk tarian taboh dan ngajat.

Aktiviti dilakukan calon pada sebelah pagi merupakan peringkat kedua penilaian bagi pemohon yang disenarai pendek daripada sesi temu duga pengambila­n kru kabin AirAsia di Hotel Parkcity Everly di sini, Sabtu lalu.

Ia sekali gus menjadikan pengambila­n kru kabin itu sebagai latihan pertama diadakan di Bintulu.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing memuji usaha AirAsia dalam melaksanak­an pengambila­n kru kabin ke kawasan pesisir Bintulu dengan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Ini menunjukka­n komitmen kuat AirAsia kepada Sarawak dalam menjadikan negeri ini sebagai hab penerbanga­n serantau yang penting,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat dalam kenyataan medianya berkata, penilaian itu diadakan di rumah panjang supaya calon dapat merasakan kehidupan masyarakat tempatan.

“Pada masa sama, aktiviti seumpama ini membolehka­n kami menilai kemahiran caloncalon yang memohon jawatan kru kabin,” katanya.

Beliau berkata perekrutan itu merupakan sebahagian daripada usaha AirAsia untuk terus membangunk­an bakat daripada pelbagai komuniti di Malaysia Timur dan menawarkan peluang untuk belia meneruskan kerjaya dengan syarikat penerbanga­n terbabit.

“Justeru, kami mengalualu­kan semua lapisan masyarakat yang bersemanga­t dan mempunyai tekad tinggi untuk menyertai AirAsia,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia