Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Jangu catat sejarah dipilih lokasi temu duga kru kabin AirAsia

-

BINTULU: Rumah Jangu, Ladong Tahir di sini, mencatat sejarah tersendiri apabila dipilih menjadi lokasi temu duga untuk pengambila­n kru kabin AirAsia Berhad (AirAsia).

Timbalan Tuai Rumahnya Sidin Dian berkata, mereka berasa amat terharu dan melihat pemilihan lokasi itu sebagai suatu penghargaa­n.

“Ini merupakan suatu sejarah bagi kami kerana AirAsia menjalanka­n temu duga pengambila­n kru kabin baharu dengan mengadakan aktiviti bersama komuniti di sini,” katanya ketika ditemui pada satu majlis santai bersama AirAsia di Rumah Jangu, Ladong Tahir semalam.

Justeru, beliau mengucapka­n semoga calon yang memohon untuk jawatan kru kabin AirAsia berjaya dan melakukan yang terbaik selain menggunaka­nnya sebagai peluang untuk berinterak­si dengan penghuni rumah panjang di sini.

Beliau turut memberitah­u bahawa Rumah Jangu, Ladong Tahir kini mempunyai seramai 215 penghuni dan telah diwujudkan sejak 2002.

Dalam pada itu, Ketua Per- hubungan Kerajaan AirAsia Vijaya Priya dalam ucapannya berkata,seramai 24 daripada calon yang melepasi pemilihan pertama untuk sesi temu duga pengambila­n kru kabin dibawa ke rumah panjang.

Menurutnya, mereka (calon) akan melalui pering- kat akhir penilaian sebelum dipilih oleh para juri AirAsia untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar syarikat penerbanga­n tambang murah tersebut.

“Inilah kali pertama kami mengadakan sesi temu duga dengan melibatkan komuniti tempatan di rumah panjang ini dan juga, Bintulu.

“Calon-calon ini seharusnya berasa bertuah kerana diberi peluang untuk mendekati masyarakat rumah panjang dengan melakukan aktiviti santai bersama mereka. Maka itu lakukan sesi temu duga ini dengan terbaik selain serlahkan bakat anda,” katanya.

Kepada penghuni Rumah Jangu, Ladong Tahir, kata Priya, pihaknya mengucapka­n terima kasih atas layanan mesra dan kerjasama untuk memastikan sesi temu duga pengambila­n kru kabin AirAsia berjalan dengan lancar.

Terdahulu, sesi temu duga pengambila­n kru kabin untuk pusingan akhir semalam turut menyaksika­n calon mengambil bahagian dalam aktiviti tradisiona­l Iban.

Antaranya termasuk membuat tali leher manik, menjahit jala, menganyam tikar rotan, bakul dan topi serta mengadakan persembaha­n bersama penghuni rumah panjang terbabit dan sebagainya.

 ??  ?? DEKATTI MASYARAKAT: Antara aktiviti yang dilakukan calon bersama penghuni Rumah Jangu, Ladong Tahir di Bintulu, semalam.
DEKATTI MASYARAKAT: Antara aktiviti yang dilakukan calon bersama penghuni Rumah Jangu, Ladong Tahir di Bintulu, semalam.
 ??  ?? Sidin (tengah) bersama isteri Tuai Rumah Jangu Tahir iaitu, Sanggu Renggi (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Priya (tiga kanan) semasa mengadakan sesi temu duga pengambila­n kru kabin AirAsia untuk pusingan akhir di Bintulu, semalam. Turut kelihatan, Ketua Dandanan dan Rekrut Kru Kabin AirAsia Laila Majid (dua kanan).
Sidin (tengah) bersama isteri Tuai Rumah Jangu Tahir iaitu, Sanggu Renggi (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Priya (tiga kanan) semasa mengadakan sesi temu duga pengambila­n kru kabin AirAsia untuk pusingan akhir di Bintulu, semalam. Turut kelihatan, Ketua Dandanan dan Rekrut Kru Kabin AirAsia Laila Majid (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia