Utusan Borneo (Sarawak)

Nisbah sasaran adalah seorang PSM akan digandingk­an dengan seorang PBB, kata Khirudin

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak terus memperkasa­kan kekuatan keanggotaa­n pegawai bomba dengan melatih lebih ramai Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dengan konsep nisbah 1:1.

Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman berkata nisbah tersebut bermaksud seorang Pegawai Sepenuh Masa (PSM) akan digandingk­an dengan seorang PBB.

“Bagaimanap­un, ia adalah bergantung kepada kedudukan kewangan,” jelasnya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Tamat Latihan Pentauliah­an Pegawai Bomba Bantuan Siri 1/2018 di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, semalam.

Menurutnya, jumlah keanggotaa­n PSM seramai 1,300 di Sarawak kini adalah tidak mencukupi untuk memberikan perkhidmat­an terbaik

Bagaimanap­un, ia adalah bergantung kepada kedudukan kewangan. Khirudin Drahman Pengarah JBPM Sarawak

kepada masyarakat di negeri ini.

“Dengan adanya tambahan PBB ini kita akan dapat memperkasa­kan lagi kekuatan anggota dan memberi perkhidmat­an lebih baik kepada masyarakat,” ujarnya.

Khirudin berkata, sehingga kini JBPM Sarawak mempunyai kekuatan seramai 186 PBB yang melibatkan penempatan di 12 BBP di seluruh negeri dan melahirkan rasa syukur kerana mendapat sambutan yang baik daripada kalangan penduduk setempat untuk menyertai PBB.

“Kumpulan sasar yang menyertai PBB adalah penduduk setempat yang mempunyai pengetahua­n tempatan kerana operasi mencari dan menyelamat mangsa sesat dan lemas banyak berlaku di kawasan terpencil.

“Ini memerlukan orang tempatan yang mempunyai pengetahua­n tempatan atau pengetahua­n topografi kawasan terbabit.

“Daripada hasil pemerhatia­n kita dalam tempoh dua hingga tiga tahun lepas, kehadiran PBB banyak membantu terutama dari segi keupayaan kita menjalanka­n SAR,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, seramai 32 PBB telah berjaya menamatkan latihan selama 10 hari di BBP Sungai Merah menerima sijil pentauliah­an masing-masing.

Dalam ucapannya, Khirudin berkata, pengambila­n PBB telah berkembang sehingga ke Tanjung Manis dan Samalaju yang mana pembinaan kedua-dua balai bomba telah siap untuk beroperasi tahun lepas.

Untuk masa akan datang, Khirudin memberitah­u, fokus pengambila­n PBB terus bertambah dengan siapnya pembinaan BBP Daro di bahagian Mukah dan beberapa lagi balai baharu yang dalam proses pembinaan.

“Ini telah menunjukka­n keperluan PBB pada masa sekarang adalah sangat relevan bagi membantu dalam tugas- tugas operasi di kawasan pedalaman,” ujarnya.

Bagi latihan PBB di BBP Sungai Merah, Khirudin berkata, latihan bermula pada 18 Oktober lepas, para pelatih PBB diajar dengan asas kawad kaki, asas kawad operasi dan asas-asas dalam bidang kebombaan dan keselamata­n kebakaran.

“Ini menujukkan betapa kita ingin menjadikan PBB ini sebagai pegawai yang dapat menggalas tugas dan tanggungja­wab dengan penuh semangat dan iltizam yang tinggi apabila balik ke balai masing-masing,” tegasnya.

PBB Awang Muhamad Azrullah Awang Dillah telah diumumkan menerima Anugerah Peserta Kursus Terbaik.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak Tiong Ling Hii, Ketua Zon 4 Sarawak Misran Bisara dan wakil Ketua Polis Daerah Sibu DSP Chung Aik Peng.

 ??  ?? TERBAIK: Khirudin (tiga kiri) menyampaik­an Anugerah Peserta Kursus Terbaik kepada PBB Awang Muhamad Azrullah Awang Dillah pada Majlis Tamat Latihan Pentauliah­an Pegawai Bomba Bantuan Siri 1/2018 di BBP Sungai Merah, semalam.
TERBAIK: Khirudin (tiga kiri) menyampaik­an Anugerah Peserta Kursus Terbaik kepada PBB Awang Muhamad Azrullah Awang Dillah pada Majlis Tamat Latihan Pentauliah­an Pegawai Bomba Bantuan Siri 1/2018 di BBP Sungai Merah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia