Utusan Borneo (Sarawak)

Fahami matlamat ke sekolah, kata Dennis Ngau

-

SIBU: Penduduk rumah panjang disaran melaksanak­an program gotong-royong sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai berkata, ini penting bagi menghindar­i sebarang wabak dan penyakit seperti denggi dan rabies.

“Kesedaran ini harus disemai dalam kalangan semua kita. Persekitar­an yang bersih menjamin ke arah kehidupan yang lebih sihat.

“Oleh yang demikian saya menyeru penduduk di luar bandar dan di kawasan rumah panjang khasnya, supaya sentiasa mengambil serius mengenai perkara ini,” ujarnya semasa berucap merasmikan Program MDLBS Bersama Komuniti Rumah Grace Itun, Sungai Salim di sini, malam kelmarin.

Hadir sama ialah pengerusi pengelola Kaunselor Frederick Taip Ledom, Tuai Rumah Grace serta para kaunselor MDLBS yang lain.

Sempurai memberitah­u, setakat ini gejala wabak denggi dan rabies di kawasan luar bandar ini tidak terkawal.

Jelasnya, program gotongroyo­ng bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi turut mengukuhka­n lagi pertalian serta silaturahi­m sesama penduduk rumah panjang.

Dalam pada itu, beliau menyeru tuai- tuai Rumah di kawasan seliaan MDLBS supaya mengajukan apa-apa masalah berkaitan penempatan mereka kepada ahli majlis ( kaunselor) MDLBS yang telah dipertangg­ungjawabka­n mengikut zon masing-masing.

“Sila rujuk kepada ahli majlis MDLBS mengikut zon.

“Salurkan kepada mereka apa-apa sahaja yang berkaitan supaya masalah anda dapat dibincangk­an pada mesyuarat bulanan kami,” tegasnya.

Beliau berkata, MDLBS melalui program komunitiny­a akan lebih mengutamak­an kebudayaan dalam usahanya mendekatka­n diri dengan penduduk luar bandar.

Ujarnya, kebudayaan sangat penting dan ia perlu diwarisi setiap generasi baharu pada masa akan datang.

“Walaupun sekarang sudah dalam zaman gajet, tetapi jangan melupakan budaya dan warisan kita.

“MDLBS melalui program komuniti akan terus mengutamak­an aspek ini dalam kita melaksanak­an tanggungja­wab kepada penduduk luar bandar,” katanya.

Sehubungan itu, Sempurai memberi jaminan bahawa MDLBS akan mempertimb­angkan peruntukan sebanyak RM3,000 untuk mencantikk­an lagi jeti Rumah Grace.

Menurutnya, sekiranya ada lebihan bajet daripada MDLBS pada tahun ini, permintaan itu akan diberikan keutamaan.

Terdahulu, Kaunselor Frederick dalam ucapan aluannya memohon kepada MDLBS tentang permohonan tersebut atas permintaan penduduk Rumah Grace sendiri. LONG SAN, BARAM: Para pelajar harus memahami matlamat ke sekolah untuk menimba ilmu sekali gus dapat mengubah masa depan menjadi orang berguna kepada bangsa dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, sekiranya pelajar memahami matlamat ke sekolah, mereka akan lebih mudah menjiwai proses pengajaran dan pembelajar­an yang disampaika­n oleh guru di dalam kelas.

“Namun sekiranya pelajar tidak faham matlamat, maka mereka menganggap pergi ke sekolah sebagai pilihan atau paksaan. Ia sudah tentu mempengaru­hi minat pelajar untuk belajar dan mencapai kecemerlan­gan.

“Ini akan menyukarka­n tanggungja­wab guru. Justeru, pelajar perlu tahu matlamat dan makna sekolah supaya mereka dapat memahami tanggungja­wab dan peranan mereka sebagai pelajar,” katanya berucap pada Majlis Graduasi dan Anugerah Ce- merlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Datuk Lawai Jau Ke-33, kelmarin (Sabtu).

Tegas Dennis, para pelajar perlu melihat pendidikan sebagai suatu yang amat penting bukan sahaja untuk masa depan malah untuk komuniti dan bangsa.

Beliau menasihati pelajar agar mempunyai sistem sokongan sendiri dan bijak memilih kawan yang dapat membimbing dalam pembelajar­an.

Dalam pada itu, Dennis berkata sokongan dan komitmen daripada guru dan ibu bapa selama ini banyak melahirkan pelajar cemerlang di SMK Temenggong Datuk Lawai Jau.

“Saya berharap kerjasama ini akan berterusan dalam membentuk masa depan generasi yang berkemahir­an tinggi, berpengeta­huan dan kompetitif,” kata Dennis.

Sementara itu, Pengetua Rechard Emang berkata, pelajar sepanjang tahun ini berjaya mencapai banyak kejayaan dalam bidang kokurikulu­m dan akademik.

“Sebagai contoh, tahun lepas kita berjaya mencapai Peratusan Gred Sekolah sebanyak 5.32 berbanding 5.51 pada tahun sebelumnya.

“Kita berharap para pelajar dapat terus meningkatk­an pencapaian untuk mengharumk­an nama sekolah di Baram dan Orang Ulu di seluruh negara,” katanya.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Maurice Lawai, Penghulu Anthony Kule, Ketua Kampung Long San Lucia Paya dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Long San Dr Chin Yun Khiang.

 ??  ?? Dennis (enam kiri) menyampaik­an skrol Anugerah Sri Temenggong kepada pelajar cemerlang Clairesa Mary Mujan Desmond pada Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang SMK Temenggong Datuk Lawai Jau Ke-33, Sabtu lalu. Kelihatan sama Rechard (sebelah kanan Dennis), tetamu jemputan, ibu bapa, guru dan pelajar.
Dennis (enam kiri) menyampaik­an skrol Anugerah Sri Temenggong kepada pelajar cemerlang Clairesa Mary Mujan Desmond pada Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang SMK Temenggong Datuk Lawai Jau Ke-33, Sabtu lalu. Kelihatan sama Rechard (sebelah kanan Dennis), tetamu jemputan, ibu bapa, guru dan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia