Utusan Borneo (Sarawak)

Cuti 10,000 pegawai, anggota dibekukan mengikut keperluan

-

BUTTERWORT­H: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap siaga bagi menghadapi banjir bermula bulan depan berikutan ketibaan musim monsun timur laut.

Ketua Pengarahny­a Mohammad Hamdan Wahid berkata kesiapsiag­aan JBPM bagi menghadapi banjir dibahagika­n kepada tiga peringkat iaitu dari segi logistik, keanggotaa­n dan aspek respons.

“Persiapan menghadapi banjir ini kami lakukan mengikut cuaca semasa sejajar dengan kehendak kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang mana telah membuat pelbagai kesiapsiag­aan di pelbagai peringkat.

“Selain itu, pihak JBPM juga telah bersiap sedia lebih awal kerana berdasarka­n maklumat yang diterima, monsun timur laut kali ini mungkin berlarutan pada

Selain itu, pihak JBPM juga telah bersiap sedia lebih awal kerana berdasarka­n maklumat yang diterima, monsun timur laut kali ini mungkin berlarutan pada hujung tahun hingga awal tahun depan.

hujung tahun hingga awal tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamata­n dan Pencegahan Kebakaran sempena sambutan Hari Inovasi JBPM, di sini semalam.

Katanya, pihaknya juga telah mengeluark­an arahan pembekuan cuti terhadap 10,000 pegawai dan anggotanya mengikut keperluan sebagai persiapan menghadapi bencana alam, seperti banjir.

Mohammad Hamdan berkata pembekuan cuti untuk pegawai dan anggota itu khusus di kawasan yang akan mengalami banjir seperti di pantai timur, utara, selatan dan pantai barat membabitka­n Kuching, Sibu serta Miri di Sarawak dan pesisiran pantai di Sabah.

Katanya dari segi logistik, pihaknya telah memastikan semua kawasan ‘hotspot’ yang memang dikenal pasti sebagai lokasi banjir dan mungkin terlibat banjir diberikan perhatian serta penugasan yang lebih.

Beliau berkata semua peralatan dan kelengkapa­n JBPM yang akan digunakan jika berlaku banjir juga berada dalam siap sedia bagi memastikan sebarang penugasan berjalan lancar.

“Ia termasuk peralatan marin dan peralatan untuk pengangkut­an supaya pihak bomba dapat memberikan respons lebih cepat jika berlaku sebarang banjir atau bencana ketika monsun timur laut. Pasukan unit udara JBPM juga telah bersiap sedia.

“Kami percaya kesiapsiag­aan ini di tahap yang optima dan sekiranya ada berlaku banjir atau bencana pihak bomba akan memberi respons dalam masa yang cepat manakala negeri-negeri yang tidak terlibat secara langsung (dengan banjir) juga telah bersiap sedia dari segi keanggotaa­n, peralatan logistik serta respons,” katanya. — Bernama

Mohammad Hamdan Wahid Ketua Pengarah JBPM

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEMBAHA­N: Mustafar bermesra dengan para anggota Kumpulan Pianica Band daripada Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Kampung Belantik yang membuat persembaha­n pada Majlis Perasmian Depoh Tahanan Imigresen Belantek, Sik, semalam.
— Gambar Bernama PERSEMBAHA­N: Mustafar bermesra dengan para anggota Kumpulan Pianica Band daripada Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Kampung Belantik yang membuat persembaha­n pada Majlis Perasmian Depoh Tahanan Imigresen Belantek, Sik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia