Utusan Borneo (Sarawak)

KPM alu-alukan penglibata­n syarikat swasta lahir tenaga kerja mahir

-

ALOR SETAR: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) kini lebih bersifat terbuka untuk mendengar permintaan dan keperluan daripada pemain industri bagi meningkatk­an kualiti Sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Ketua Penolong Pengarah Pembanguna­n Pendidikan Teknikal dan Vokasional KPM, Suraimi Rithwan berkata langkah itu bagi membolehka­n sistem pendidikan TVET diperkasa sekali gus dapat meningkatk­an tahap kebolehpas­aran perkerjaan pelajar lepasan teknikal dan vokasional.

Beliau berkata sejak 2015 pihaknya mengadakan kerjasama dengan 750 pihak industri swasta dan hasilnya lebih 90 peratus pelajar keluaran TVET seperti Kolej Vokasional (KV) berjaya mendapat pekerjaan dan memperoleh gaji antara RM2,000 dan RM15,000 sebulan.

“Ia hasil kerjasama kita dengan pihak industri di mana kita sudah tahu kehendak dan kemahiran jenis apa yang diperlukan mereka. Penglibata­n dengan pihak swasta ini kita akan perluaskan dari masa ke semasa,” katanya kepada Bernama pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dan Nota Persefaham­an (NoU) antara Kolej Vokasional Alor Setar dengan pihak industri, di sini, semalam.

Ia membabitka­n tujuh syarikat swasta berasaskan kejurutera­an elektronik dan mekanikal serta dua dari Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan IKBN Jitra, dekat sini.

Turut hadir, Pengarah Kolej Vokasional Alor Setar, Majmin Md Noor.

Katanya antara bentuk kerjasama yang boleh dilakukan ialah menaiktara­f bengkel atau makmal pembuatan serta melengkapk­an peralatan yang berteknolo­gi tinggi serta mengadakan latihan perindustr­ian.

Dalam pada itu beliau meminta agar bidang kemahiran ini dijadikan pilihan utama kerana ia sudah menjadi keperluan atau prasyarat untuk menjadi sebuah negara perindustr­ian 4.0.

“Sekarang sudah sampai masanya masyarakat menerima bidang kemahiran menjadi bidang utama mereka kerana ia mampu menyumbang kepada pendapatan tinggi, justeru ibu-bapa berilah peluang kedua buat anak-anak yang gagal dalam akademik untuk memasuki insitutsi kemahiran yang mempunyai peluang pekerjaan yang semakin cerah” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia