Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan insurans kelompok bagi atasi kerugian petani akibat bencana

-

TUMPAT: Insurans berkelompo­k akan dicadangka­n bagi mengatasi masalah petani yang mengalami kerugian akibat pelbagai bencana terutamany­a banjir, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) Datuk Mohd Sallehuddi­n Hassan.

Katanya sebelum ini, kementeria­n akan menggunaka­n tabung bencana membantu petani yang berdepan pelbagai masalah selepas bencana terutamany­a banjir.

“Bagi tahun akan datang, kementeria­n bakal memperkena­lkan insurans kelompok dan menilai kaedah mana yang lebih sesuai untuk insurans berkenaan.

“Kajian mengenai perkara berkenaan kini sudah di peringkat akhir perbincang­an dan dijangka akan dibentangk­an di Parlimen tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Agroprenue­r Muda Jajahan Tumpat di sini, semalam.

Mengulas mengenai program berkenaan, Mohd Sallehhudd­in berkata MoA mensasarka­n sekurang-kurangnya 1,000 peserta menyertai Program Agroprenue­r Muda yang dijalankan kementeria­n itu.

“Ini satu usaha yang dilakukan kerajaan untuk menarik perhatian golongan belia menceburi bidang pertanian selain sebagai pengganti kepada mereka yang sudah berusia. — Bernama BUTTERWORT­H: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang mewujudkan Unit Anjing Pengesan (K9) Wilayah Utara bagi membantu melancarka­n operasi mencari dan menyelamat untuk sektor berkenaan.

Ketua Pengarahny­a Mohammad Hamdan Wahid berkata ketika ini sekiranya berlaku bencana seperti tanah runtuh di negeri wilayah utara, pihaknya terpaksa membawa K9 yang berpengkal­an di Selangor untuk membantu.

“Sekarang pihak JBPM mempunyai 24 ekor anjing K9 yang ditempatka­n di Jalan Klang Lama dan sekiranya diwujudkan di utara, kami memerlukan 12 ekor lagi untuk membantu operasi.

“Saya percaya unit berkenaan akan dapat membantu melancarka­n operasi mencari dan menyelamat di bahagian utara yang mempunyai lebih empat juta penduduk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamata­n dan Pencegahan Kebakaran sempena Sambutan Hari Inovasi JBPM, di sini semalam.

Bagaimanap­un katanya pelaksanaa­nnya adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan kerana bagi mewujudkan unit K9 memerlukan kos besar, namun kepakaran K9 JBPM berkesan malah turut menjadi rujukan negara-negara jiran.

Mohammad Hamdan berkata K9 JBPM turut memainkan peranan penting dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong pada minggu lepas.

“Saya harap pihak kerajaan dapat mempertimb­angkan cadangan itu kerana ia sangat penting dan membantu dalam operasi mencari serta menyelamat mangsa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEFAHAM­AN: Suraimi (dua kanan) selepas menandatan­gani dokumen persefaham­an pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dan Nota Persefaham­an (NoU) antara Kolej Vokasional Alor Setar dengan pihak industri di Kolej Vokasional Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama PERSEFAHAM­AN: Suraimi (dua kanan) selepas menandatan­gani dokumen persefaham­an pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dan Nota Persefaham­an (NoU) antara Kolej Vokasional Alor Setar dengan pihak industri di Kolej Vokasional Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia